Dunia

“Kalau Dapat ,Makan 20 Keturunan Tak Habis”.Musnah Angan-angan..Kalau Kita Yang Dapat Ni Pun Mau Tak Senang Duduk.

ATLANTA, GEORGIA – Impian seorang lelaki dari negeri Georgia, Amerika Syarikat (AS) untuk bergelar trilionair sekali gus manusia paling kaya di Bumi lebur apabila nilai sejumlah matawang kripto miliknya yang disangka melonjak kepada AS$1.18 trilion (RM4.9 trilion), rupanya kesilapan teknikal.

Menurut akhbar Daily Star, Christopher Williamson, pada asalnya membuat pelaburan bernilai AS$20 (RM83.30) melibatkan mata wang kripto bernama Rocket Bunny.

Menurutnya, dia terkejut sebaik mendapati nilai pelaburannya tiba-tiba meningkat kepada AS$1.18 trilion (RM4.90 trilion).

 

“Saya melihat kembali ke arah skrin dan amat terkejut sehingga terjatuh dari katil.

“Saya kemudiannya membuka platform Coinbase sambil menghubungi kawan saya untuk meminta bantuannya mengenai cara-cara untuk menjual nilai tersebut,” ujarnya.

Tambah Williamson, dia kemudiannya bertanyakan mengenai perkara itu di Twitter dan dalam masa sama, nilai pelaburan itu pada skrinnya semakin meningkat.

“Saya perlukan seseorang untuk menjelaskan tentang apa sebenarnya yang terjadi, dan saya akan membayar anda.

 

“Saya dapat membayangkan sebuah kapal persiaran mega berbentuk seperti penguin sedang menanti,” katanya.

Keterujaan lelaki itu bagaimanapun terhenti apabila Coinbase membalas soalannya dengan memaklumkan bahawa terdapat kesilapan teknikal pada paparan nilai tersebut.

“Maaf. Kapal persiaran penguin terpaksa menanti seketika. Pasukan kami sedia maklum mengenai kesilapan pada paparan nilai tersebut yang telah menyebabkan angan-angan ini muncul,” jawab Coinbase.

Sehingga kini, tiada satu pun individu di dunia yang bergelar trilionair.

Lelaki terkaya di dunia, yang merupakan pengasas Amazon, Jeff Bezos, memiliki nilai kekayaan bernilai AS$200.50 bilion (RM835.30 bilion).

Sumber : AGENSI / kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *