Semasa

“Nampak mesra tapi boleh menyerang”penduduk nampak kelibat merayau..

“Alhamdulillah setakat ini tiada kejadian tidak diingini berlaku. Saya akui bimbang juga kalau dikejar beruang (malayan sun bear) namun ada sekali saya sempat merakam gambar haiwan itu sedang berjalan dan kemudian hilang ke dalam semak di tepi jalan.

“Biasanya saya terserempak beruang ini ketika waktu maghrib iaitu selepas menutup kandang lembu milik rakan sekampung, namun sebaik beruang ini nampak saya, haiwan itu terus berjalan masuk ke dalam semak,” katanya tadi.

Menurutnya, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut selain meminta pihak berkenaan memasang perangkap.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penghilitan Negeri Sembilan, Wan Mat Wan Harun berkata, beruang matahari itu dipercayai tersesat dari kawasan hutan berhampiran.

“Kami terima aduan daripada penduduk Kampung Jimah Lama yang ternampak kelibat seekor beruang jenis matahari sebelum perangkap beruang dipasang hari ini.

“Beruang ini bahaya jika kita melakukan provokasi dan dia boleh menyerang balik kerana memiliki kuku serta gigi yang tajam,” katanya.

Sumber : hmetro

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *