Hiburan

(video) 0yen buat hal lagi. Pandai pulak tu dia dodoi baby dalam buaian

Biasanya dikenali sebagai kucing yang sangat nakal, nampaknya oyen juga ada ‘sisi baiknya’  dan mempunyai ‘sikap bertanggungjawab’ terhadap tuannya.

Menerusi satu video yang tular di TikTok, haiwan comel itu dilihat sedang gigih  ‘menjalankan tugasnya’ mengayunkan buaian sambil terbaring.

Video yang dimuatnaik oleh @MuhmadAsraf itu memperlihatkan oyen sedang ‘memegang’ satu tali yang menggerakkan buaian itu. Kelihatannya, dia seperti sudah biasa menjadi babysitter.

 

Gelagatnya itu mencuri tumpuan  warganet kerana ‘kerajinannya’  menjaga bayi tersebut.

Sehingga kini, video itu telah mendapat sebanyak 1 juta tontonan di Tiktok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji oyen dan memohon agar tuannya ‘mengupah’ dengan memberikan makanan yang terbaik untuknya.

Sumber : Tiktok muhmadasraf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *