Keluarga

(VIDE0)kasih ibu membawa ke syurga. “Adik Jaga Mak Elok, Pimpin Tangan Mak Masuk Syurga Nah” Lelaki Ni Berhenti Kerja Jaga Ibu Sakit

Dulu, kisah pemuda ini, Safee Rahim, 30, pernah tular dan mendapat respons yang sangat positif daripada warganet. Hal ini kerana dia sanggup untuk berhenti kerja demi menjaga arwah ibu tercinta, Nur Asiah Tamdun, 72, yang sakit.

Dia juga pernah dihalau keluar dari wad kerana curi-curi untuk tetap menemani arwah ibunya sehingga jam 5 pagi. Kisah pemuda ini membuat ramai yang berasa sebak diatas kesanggupannya untuk meninggalkan kerja demi arwah ibu tercinta.

Ramai juga yang berasa kagum akan dirinya kerana memilih arwah ibu lebih dari segalanya. Walaupun dia berhenti kerja untuk kembali ke kampung halaman, dia ada mengeluarkan modal untuk memulakan bisnes yang diuruskan oleh rakannya. Darinya, kita dapat belajar bahawa pasti ada jalan untuk segalanya.

IBU BARU SELESAI PEMBED4HAN
Pada waktu itu, dia baru sahaja berkongsi sebuah video dia menemani arwah ibunya yang baru sahaja selesai menjalani pembed4han kerana terpaksa dipot0ng jari kaki. Hal ini kerana arwah ibunya itu menghidap peny4kit kenc1ng manis.

Selain itu, arwah ibunya itu turut mempunyai masalah kesihatan lain seperti masalah buah pingg4ng. Disebabkan oleh adik beradiknya tinggal jauh dan ada kesvlitan mereka sendiri, dia memilih untuk pulang ke kampung bagi menjaga arwah ibunya itu.

Kini, tiada lagi peluang buatnya untuk mendapat ganjaran pahala menjaga ibunya yang sakit. Hal ini kerana arwah ibunya telah pergi untuk menghadap Sang Pencipta pada minggu lalu. Ujian kali ini ternyata sangat berat untuk diterima dirinya.

 

Menerusi perkongsian di media sosialnya, dia mengakui bahawa kini hidupnya rasa sangat berbeza. Tiada lagi peluang untuk dia menambah pahala. Tiada lagi wajah ibu yang boleh dikucupnya. Tiada lagi ibu untuk dia bantu mandikan dan bedakkan. Semuanya sudah berubah buat dirinya itu.

Dia juga sempat mengucapkan rasa syukur kerana segala urusan pengebvmian arwah ibunya itu telah dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Kini katanya dunia dia dan arwah ibunya sudah berbeza. Hanya doa dan amal sahaja yang dapat menjadi pahala buat ibunya.

Baginya, segalanya akan menjadi kenangan indah buat dirinya. Ia akan terus tersemat di jiwanya sehingga ke akhir hayat. Dia juga sempat untuk mengucapkan terima kasih kepada arwah ibunya itu kerana telah menjadi ibu yang terbaik buat dirinya.

Ramai yang melihat jasad arwah ibunya mengatakan bahawa arwah ibunya itu seperti sedang tidur sahaja. Muka tersenyum manis. Sejuk hati mereka semua melihat raut wajah arwah ibunya itu.

Ramai yang menzahirkan ucapan takziah dan menitipkan doa buat arwah ibunya itu. Mereka turut berduka cita diatas pemergian arwah.

Sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah buat arwah dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

SUMBER : Akses Info / TIKTOK @paksu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *