Hiburan

“Nak Marah Pun Tak Jadi”, Telatah Si Cilik Bersoal Jawab Bikin Geram

Anak kecil yang bijak berkata-kata memang boleh buat geram kadang-kadang tu. Bukan sahaja bijak bercakap, malah pandai juga mencari idea untuk menjawab bila ada yang bertanya.

Sama seperti anak kecil bernama Yaya yang cukup popular di sosial media ini. Celotehnya kadang-kadang memang menghiburkan wargamaya yang mengikuti akaun Tiktok frrzz_99 ini. Dalam rakaman terbaharu, telatah si cilik bersoal jawab dengan bapanya ini telah membuatkan pengikutnya terhibur.

Video yang dimuat naik itu memaparkan Yaya sedang disoal oleh abinya bertanyakan siapa yang memberikannya coklat. Dalam menjawab soalan abinya itu, macam-macam gaya si Yaya ini.

Berikut adalah rakaman telatah si cilik bersoal jawab yang dimuat naik di laman Tiktok tersebut.

 

Alahai, kalau comel macam ini nak marah pun boleh terbantut! Macam-macam gaya ya si Yaya ini, nasiblah jawapan tetap konsisten walau apa pun.

Perkongsian telatah ini telah meraih lebih setengah juta tontonan dan 73 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur dan meninggalkan reaksi mereka mengenai telatah si cilik ini di ruangan komen seperti berikut:

“Geramnyaa, Yaya jangan cepat besar tau! Cute betol”

“Muka Yaya kalau nak marah pon tak sampai hati sebab comel sangat Ya Allah”

“Cakap sambil melunjoq kaki tu yang rare…”

 

Sumber : https://himpunanceritalawak.com/2021/06/10/nak-marah-pun-tak-jadi-telatah-si-cilik-bersoal-jawab-bikin-geram/

Tengah Syok Bercerita Dengan Ayah, Budak Ini Tercakap ‘Gatai Pungkoq’ Bikin Netizen Dekah.

Gelagat dan telatah anak sudah pasti menjadi hiburan ibu bapa bila di rumah

Bukan saja comel, malah aksi dan gelagat mereka kadang mencuit hati ibu bapa. Tambahan lagi, bila anak yang petah bercakap, kerjanya bercerita saja dengan ibu bapa mereka.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang budak perempuan kecil yang sedang bercerita dengan ayahnya curi tumpuan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tengah sakan bercerita , tiba-tiba tercakap ‘gatai pungkoq’

Menerusi video yang dimuat naik oleh @frrzz_99 di laman TikToknya, kelihatan seorang budak comel yang dikenali sebagai Yaya sedang bercerita dengan ayahnya.

Yaya dilihat sedang seronok bercerita tentang harinya bersama pakcunya sambil tergaru-garu. Apa yang lebih melucukan adalah apabila dia tiba-tiba berdiri dan tercakap ‘gatai pungkoq’ yang membuatkan ayahnya pun tergelak sekali.

“Hahaha gatai sangat ke Yaya dok garu tak berhenti” – Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat dan telatah Yaya. Tambahan lagi, ramai yang suka lihat Yaya yang comel.

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya meraih 187K tontonan, 21K tanda suka dan 400 komen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alahai comel betul si Yaya ni walaupun tengah tergaru-garu.

VIDEO] Ayah Ajak ‘Gadvh’ Suruh Bukakan Pagar, Tapi Loghat Si Anak Pula Membuat Ramai Gram
Bagi pasangan yang sudah berkahwin, mempunyai anak kecil pasti dapat menghiburkan hati mereka

Mana tidaknya, gelagat dan telatah yang sentiasa mencuit hati ibu bapa sehinggakan kadang kala pening untuk melayan mereka.

Semakin mereka membesar semakin banyak yang ingin dipelajari oleh mereka. Disebabkan itu ibu bapa harus tabah melayan karenah mereka ini.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang budak perempuan bergaduh dengan si ayah mencuri tumpuan ramai.

Ayah sengaja sakat suruh buka pagar sampai anak berleter

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang budak perempuan yang dikenali sebagai Yaya sedang berada dalam kereta bersama si ayah.

Namun, sampai di depan pagar rumah, si ayah bertanya siapakah yang akan membuka pagar rumah dan lalu dia menyuruh Yaya untuk membukanya.

Tetapi, apa yang mencuri tumpuan adalah apabila jawapan comel Yaya yang membuatkan ramai cair melihatnya. Dia kemudian menjawab dalam loghat utara “Yaya penat kena minum ayaq nyok dulu”.

Telatahnya itu membuatkan si ayah tergelak selepas mendengar jawapan tersebut. Lelaki itu juga turut menyakat dengan menyoal mengapakah dia berasa penat sedangkan dia hanya tidur saja.

“Perempuan bila hampir kalah senjata dia ‘elleh’ dan ‘amboi’ hahaha” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji Yaya kerana bijak dan pandai bercakap walaupun masih kecil. Malah, ramai juga yang terhibur melihat gelagat anak beranak ini.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bijak sungguh ya Yaya ni bercakap. Macam orang besar dah.

sumber : trendingkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *