Info

Tampal Segera Kalau Gigi Berlubang, Elak Sampai Kena Buat Rawatan ‘Root Canal’ Kos Cecah RM1,000

Siapa yang pernah alami sakit gigi, mesti tahu ‘azab’ menahan kesakitan itu, malah boleh menyebabkan seseorang itu ‘naik angin’.

Teringat waktu sekolah dulu, gigi kita terjaga kerana sering menerima panggilan daripada ‘cik misi’ yang datang ke sekolah untuk merawat gigi kita kan? Tetapi bagaimana pula kita yang sudah bekerja sekarang? Pasti sudah tidak ambik endah tentang masalah gigi kan?

Jangan begitu, sebenarnya masalah gigi berlubang ini akan memberi kemudaratan kepada diri kita. Jom ikuti perkongsian menarik daripada seorang doktor pergigian, Dr Dira yang berkongsi tips dan cara mendapatkan rawatan apabila anda mengalami gigi berlubang.

Gigi kalau dah berlubang, tolong tampal ASAP. Takut nanti dah berlubang besar sangat, bacteria dah sampai akar, tak boleh tampal, kena buat root canal Kos tampal gigi – starting from RM 80+ Kos root canal – usually around RM 1000

Biasanya fasa awal gigi berlubang, lubang kecik je, memang tak rasa sakit. Tu yang ramai tak sedar gigi dah berlubang. Tau tau dah sakit berdenyut, infection sampai akar dah.

Sebab tu kena jumpa dentist minimum setahun sekali, so that dentist boleh check dan tampal terus.Root canal tu kita bersihkan gigi sampai ke akar. Then kita tampal akar & gigi tu balik. Lepas selesai boleh guna gigi macam biasa
Sebab infection bacteria dah sampai ke akar dan it can go beyond which will create another problem kalau tak selesaikan.

Root canal = Rawatan akar.

Biasanya perlu 2-3 appointment untuk selesaikan rawatan. Kemungkinan perlu crown after that untuk kukuhkan gigi yang dah rapuh selepas root canal.

Nampak tak lubang 2 tu? Tu la saluran akar gigi yang kita kena bersihkan dan tampal.

Pasti yang pernah alami sakit kepala akibat gigi berlubang kan? Ini jawapannya.

Boleh sebab saraf berhubung. Biasanya lepas root canal tak sakit dah sebab kita dah matikan dan bersihkan
“Kalau cabut je gigi yang berlubang tu tak boleh ke?”Boleh tapi nanti in the long run, gigi lain akan bergerak & might cause other problems. Biasanya lepas cabut, kita akan suggest untuk ganti gigi tu.

Pesannya kepada sesiapa yang sakit gigi, boleh ambil pain killer tetapi ia bukan menyelesaikan masalah cuma ia hanya mengurangkan kesakitan. Untuk peringkat seterusnya, diharuskan untuk berjumpa dengan doktor gigi.

Sumber : Dr Dira / siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *