Info

(Video) Mungkin Ada Belum Tahu, Ini Cara Nak Guna ‘Google Street’, Siap Boleh ‘Usyar’ Halaman Rumah Korang

Sejak pandemik melanda negara kita, ramai yang meluahkan sudah lama tidak dapat pulang ke kampung dek kerana sekatan merentas negeri. Kalau dibenarkan pulang pun, masih ada yang risau andai virus menjangkiti orang tua yang mempunyai imuniti yang lebih lemah.

Justeru, ada antara kita yang mengambil inisiatif untuk membuat panggilan video, ada juga yang menggunakan aplikasi untuk melihat rumah yang dirindui.

Pun begitu, mungkin ada antara kita yang kurang mengetahui mengenai aplikasi tersebut. Teringin juga ‘menziarahi’ rumah secara maya biarpun fizikalnya jauh di mata, kan? Jadi, jom kami kongsikan cara untuk menggunakan aplikasi mengikut peranti yang anda gunakan.

Cari atau klik pada lokasi diinginkan Klik ikon ‘Pegman’ Pilih kawasan yang ditonjolkan. Hanya kawasan yang berwarna biru boleh dilihat pada Cari atau klik zoom pada lokasi diinginkan. Di ruangan bawah, anda boleh melihat maklumat lokasi tersebut.

Klik kawasan yang diwarnakan biru

Untuk gambaran lebih mudah, tonton video di bawah.

Sumber : Google Support@abby171998

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *