Dunia Info

Tak Tahan Perangai Isteri Fobia Lipas & Terpaksa Pindah Rumah Sampai 18 Kali, Suami Nekad Tuntut Cerai

Satu pasangan muda di India dilaporkan telah berpindah sebanyak 18 buah rumah dipercayai kerana fobia ekstrim takutkan lipas, lapor Oddity Central.

Pasangan dari Bhopal, India ini dilaporkan telah berpindah randah selama 3 tahun dengan harapan akhirnya dapat menemukan rumah yang bebas daripada serangga itu.
Walaupun begitu, selepas 18 kali berpindah selama 3 tahun, ketakutan ekstrim terhadap lipas itu telah dilaporkan menjejaskan rumah tangga mereka.

Hal tersebut telah membuatkan suami wanita itu menuntut cerai terhadapnya.

Suaminya yang bekerja sebagai jurutera perisian mula menyedari fobia ekstrim isterinya terhadap serangga tersebut sejak mereka berkahwin pada tahun 2017.

Pada suatu hari, wanita tersebut dilaporkan menjerit sekuat hatinya dan berlari keluar daripada dapur sehingga menakutkan semua orang di dalam rumah. Dia mendakwa bahawa dia telah ternampak lipas dan sejak dari itu dia enggan masuk lagi ke dapur. Dia berkeras supaya suaminya itu mencari rumah baru.

Pasangan tersebut pada mulanya berpindah pada tahun 2018, namun tidak lama kemudian fobia isterinya muncul kembali, jadi mereka terpaksa berpindah sekali lagi.
Mereka dilaporkan telah berpindah sebanyak 18 kali, dan suaminya difahamkan telah muak dengan fobia pasangannya.

Dia sampaikan membawa isterinya itu merujuk ke beberapa ahli psikiatri, termasuk seorang di All India Institute of Medical Science (AIIMS), tetapi wanita itu didakwa enggan melakukan rawatan yang telah ditetapkan.

Ketakutan ekstrim wanita tersebut terhadap lipas telah menjejaskan hubungan pasangan itu dan perkahwinan mereka. Pada sebelah pihak, si isteri mendakwa bahawa suaminya itu tidak memahami masalahnya dan cuba untuk menyatakan bahawa dia sakit mental, dan di pihak suaminya pula, lelaki itu hanya tidak tahan kerana asyik berpindah, dan sedang dalam proses menuntut cerai.

Sumber : oddity central / siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *