Semasa

Khabar Duk4, Se0rang Lagi Permat4 Ulama Kedah Tuan Guru Haji Rifaie Yaakob Dis4hkan Mningg4l Dunia. Al Fatihah

BALING – Ulama terkenal Kedah, Muhammad Rifaie’ Yaakob, 59 tahun meninggal dunia pagi tadi akibat masalah kesihatan.

Dalam kenyataan Pejabat Jabatan Mufti Kedah memaklumkan, Allahyarham merupakan salah seorang ahli jawatankuasa fatwa negeri Kedah.

Jabatan Mufti Negeri Kedah turut merak4mkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Dilahirkan di Kampung Padang, Kuala Pegang, Baling, pada 1961, Allahyarham Muhammad Rifaie’ mula mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Lanai dan melanjutkan pelajaran ke Pondok Lanai dan mendapat didikan penuh dari Omar Zuhdi.

Allahyarham Muhammad Rifaie’ pernah berkhidmat sebagai guru di Pondok Lanai selama 20 tahun.

Pada 2019 Allahyarham telah dilantik Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah.

Sumber : WB / trending101news

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *