Semasa

Boleh Jadi Dia Beli Tren Baru Ni” – Ramai Harap Supaya Ustaz Ebit Lew…

Tiada angin tiada ribut, nama ustaz Ebit Lew kembali menjadi perbualan ramai di media sosial.

Semuanya gara-gara ins1den kemlangan Tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang berlaku malam kelmarin.

Menerusi pemantauan Gempak di Twitter, ramai yang menunggu kehadiran Ebit Lew untuk memberi bantuan susulan ins!den berkenaan.

Malah, ada juga berseloroh Ebit Lew akan membeli tren baru untuk rakyat Malaysia.

“Boleh jadi Ebit Lew beli tren je esok”.

“Ustaz Ebit Lew bawa tren baru esok.”

“Mana ustaz Ebit Lew kami rindukan ustaz,” tulis beberapa netizen.

Sekadar info, polis sebelum ini mengesahkan ins!den kemlangan tersebut melibatkan dua buah LRT bertembung di antara stesen Kampung Baru dan KLCC-KPD Dang Wangi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata sebuah tren yang sedang dipandu uji dengan 20km/jam telah melanggar tren yang membawa 213 penumpang berkelajuan 40km/jam.

Akibat pelnggaran tersebut, seramai 47 penumpang mengalami cdera prah manakala 116 orang lagi cdera ringan.

Penumpang yang cdera telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan beberapa hospital lain.

Sementara itu Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, kejadian yang dilaporkan berlaku di dalam terowong pada jam 8.45 malam.

Ka Siong berkata, kejadian tren bertembung ini adalah yang pertama kali dalam sejarah 23 tahun operasi.

Siasatan akan dijalankan di bawah seksyen 201, Akta Pengangkutan Darat 2010.

Sumber : gempak com / terengganu tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *