Uncategorized

“Ramai terp4ksa t4ngguh berkali-kali, artis SOP lain kot” – Netizen ‘Ger4m’ Anak Sheila Rusly Buat Majlis Tunang Waktu PKP?

Baru-baru ini, anak sulung Sheila Rusly dan Jinggo telah selamat bertunang dengan pelakon, Elisya Sandha. Pertunangan itu dimaklumkan kedua-dua pihak melalui media sosial masing-masing termasuklah kakak Elisya sendiri, Fasha Sandha.

Bagaimanapun, menurut Gempak, majlis tersebut mendapat kritikan dan dipersoalkan oleh netizen di Twitter memandangkan ianya dilakukan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini sedang berlangsung sejak 13 Januari lepas.

Umum mengetahui, prosedur operasi standard (SOP) bagi PKP tidak membenarkan sebarang majlis keramaian. Melalui Twitter, seorang pengguna mempersoalkan tindakan kedua-dua buah keluarga itu melangsungkan majlis itu.

Kenapa ada anak artis buat majlis tunang? Bukan SOP PKP tak boleh buat majlis pertunangan ke? Ramai orang terpaksa cancel majlis merisik & tunang sebab PKP, tapi artis elok je buat, siap upload IG lagi.”

 

Bukan itu saja, mereka juga turut mengaitkan situasi berkenaan dengan isu ‘double standard’ apatah lagi ramai rakyat marhaen yang terpaksa batalkan majlis dan ada yang ditangguhkan berkali-kali kerana keadaan tidak mengizinkan.

Ramai kot terpaksa tangguh berkali kali majlis merisik tunang, ada yang tak tunang terus kahwin sebab nak patuh SOP PKP, kalau langgar kena sam4n.”

Tapi tu la, yang ni semua rakyat biasa la. Untuk artis SOP lain kot.

 

“Sila keluar surat sam4n”

Melalui ruangan komen, ramai jugalah netizen lain yang bersetuju dan mengaku turut berfikir tentang hal yang sama. Mereka juga rasa geram dengan situasi sebegitu kerana seharusnya pihak berkuasa bersikap adil dan sama rata tidak kira status seseorang.

Ada yang turut tag pihak berwajib dan meminta agar kes itu disiasat serta tindakan sepatutnya diambil terhadap pihak sana kerana terang-terangan telah melanggar SOP ketika PKP.

 


Bukan itu saja, ramai yang berpendapat situasi itu tidak adil bagi mereka yang telah membatalkan atau terpaksa menangguhkan majlis kerana perlu patuhi SOP ditetapkan oleh kerajaan. Namun, golongan ‘kayangan’ pula sewenang-wenangnya boleh melanggar SOP tanpa dikenakan apa-apa tindakan daripada pihak berkuasa.

Setakat ni, Sheila Rusly dan keluarga kedua-dua pihak tak ada beri komen apa-apa lagi berkenaan isu tersebut. Kita serahkan saja perkara ini kepada pihak berkuasa kerana mereka lebih arif. Apa-apa pun, tahniah buat Elisya dan pasangan.

Sumber: LM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *