Uncategorized

Viral Isu Pegang Saham Kecil dan Bukan Produk Melayu, Ini Respon Balas Bos Susu

Baru-baru ini, viral perkongsian seorang pengguna Facebook mendakwa jenama produk tenusu popular iaitu Farm Fresh bukanlah produk Melayu. Dakwanya, Encik Azmi Zainal atau lebih dikenali sebagai Bos Susu sebenarnya hanya mempunyai 1.3% saham sahaja.

 

Isu ini ternyata telah menarik perhatian ramai memandangkan Bos Susu mempunyai peminat tersendiri semenjak muncul sebagai penaja Gegar Vaganza selama dua musim.

Terbaru, Bos Susu telah tampil memberi penjelasan lanjut mengenai dakwaan yang dibuat individu tersebut.

 

Menerusi perkongsian tersebut, beliau mengakui sememangnya memegang jumlah saham yang kecil. Bagi seseorang yang pernah jatuh dalam bisnes dan berniaga di pasar malam, mana mungkin beliau mempunyai banyak wang untuk memiliki saham yang besar.

Namun selepas usaha keras selama bertahun-tahun, nilai syarikat telah melonjak berlipat kali ganda menyebabkan nilai yang kecil itu menjadi banyak juta. Walau bagaimanapun, baginya kejayaan terbesar adalah menyediakan peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

 

Pada tahun 2016, mereka bertindak secara agresif dengan meningkatkan pengeluaran dan mencetuskan program micropenuer yang dipanggil Home Dealer. Beliau berniat untuk membantu suri rumah menjana pendapatan tambahan untuk membantu keluarga.

 

Tambahnya lagi, beliau berbangga kerana dapat membantu golongan B40 meningkatkan pendapatan melalui jualan susu. Dia turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang terus menyokongnya selama ini.

Kredit: Azmi Zainal

Sumber: OhMedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *