Semasa

Kej4m Sangat2. Dibiarkan KeIaparan. Haiwan Takde AkaI Pun Tahu Syangkan Anaknya

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dilaporkan maut selepas didera serta dibiarkan kelaparan oleh ibu tiri dan bapa kandungnya sendiri dalam kejadian di Indiana.

Lapor Daily Star, mangsa telah diikat dan dipakaikan kolar anjing elektrik dan direnjat menggunakan kolar tersebut. Dia juga didakwa dibiarkan kelaparan sehingga dipercayai terpaksa memakan rambutnya sendiri selepas ditinggalkan berminggu-minggu sendirian di dalam tandas sebuah penginapan di Indiana.

Susulan itu, ibu tiri mangsa berusia 27 tahun bakal berhadapan hukuman penjara 65 tahun selepas mengaku bersalah terhadap jenayah itu.

Suspek dikatakan telah bersubahat dengan bapa mangsa yang berusia 34 tahun mendera kanak-kanak malang berkenaan.

Kedua-dua mereka dilaporkan meninggalkan mangsa bersendirian di dalam tandas sebuah penginapan selama berminggu-minggu.

Hasil bedah siasat mendapati terdapat rambut di dalam perut kanak-kanak berkenaan, dipercayai dimakan oleh mangsa akibat kelaparan.

Malah, menurut pihak polis, mangsa menunjukkan tanda-tanda penderaan serta kebuluran yang jelas dengan berat badan hanya sekitar 22.6 sehingga 24.9 kilogram sahaja.

Selepas siasatan ke atas telefon milik kedua-dua suspek, pihak polis dilaporkan menemui video mengerikan ketika mangsa diikat di dalam sebuah tab mandi.

Mereka juga menemui rantai, kolar renjatan anjing yang dipercayai digunakan untuk mengikat mangsa.

Tambah Daily Star, pasangan yang bekerja sebagai pengedar poster sarkas itu dikatakan tinggal bersama tiga anak lain berusia sembilan, lima dan dua tahun yang dijaga dengan baik.

“Saya tak boleh fikir, dalam 30 tahun, kes seperti ini. Ia menjangkaui apa yang pernah saya hadapi,” kata Sheriff Monroe County, Brad Swain.

“Bayangkan keseraman yang mereka tinggal bersama seorang saudara yang diikat dan tidak diberikan makan seperti mereka? (Bayangkan) ini adalah hidup normal mereka,” ujarnya.

Kesemua kanak-kanak itu telah dihantar ke pusat penjagaan sementara suspek lelaki masih dalam perbicaraan.

Dia didakwa atas tuduhan pengabaian sehingga menyebabkan kematian, pengabaian tanggungan dengan kurungan kejam, kurungan jenayah dengan kecederaan badan, dan serangan hingga mengakibatkan kecederaan badan.

Dia kini berhadapan penjara seumur hidup tanpa parol.

Sumber : Daily Star / SiakapKeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *