Info Tips

Rahsia Habuk Tak Melekat Pada Kipas. Hanya Campurkan 3 Bahan Ini

RAHSIA HABUK TAK MELEKAT PADA KIPAS

Bengang je rasanya bila kipas yang dibersihkan, tak sampai seminggu dah berabuk semula.

Ni haa, cara yang mudah untuk korang buat supaya habuk tak lekat dah pada bilah dan jaring kipas.

Yup, ia bukan omongan kosong, bahkan kosnya murah yakmat, alaa gunakan pelembut fabrik dan cuka makan yang ada di rumah jer.

Bahan-bahannya : 

  1. Cuka
  2. Pelembut pakaian
  3. Air

Caranya :

1. Bersihkan bilah dan jaring kipas seperti biasa.

2. Campurkan pelembut pakaian, cuka makan dan air ke dalam bekas lain.Nisbah campuran ialah 1:1:1 pada setiap bahan.

3. Kacau sebati dan korang masukkan ke dalam botol berspray supaya lebih senang nak digunakan.

4. Sembur-sembur rata pada bilah dan jaring kipas.

5. Biarkan selama 5 minit, jangan lupa dilap semula dengan kain lembab.

6. Keringkan. Yayyy, kipas dah boleh digunakan seperti biasa tanpa ada lagi habuk yang melekat!

7. Ulangi semula , 2 atau 3 bulan sekali. Bukannya habuk tak melekat sampai setahun. Huhu

Senangkan? Korang ada tips lain tak untuk bersihkan habuk pada kipas ni??

Kredit : Alosnida Musa

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *