Info Tips

Ini Yang Jadi Bila Sisa Masakan, Minyak, Lemak & Gris Dibuang Terus Dalam Sinki

Mungkin anda tertanya-tanya, apakah cara yang paling selamat dan efisyen untuk membasuh peralatan masakan seperti kuali dan periuk di dapur.

Selepas memasak juadah untuk isi rumah, sudah semestinya kuali dan periuk yang digunakan mengandungi kesan minyak yang degil.

Sebagai seorang yang pembersih, kita memang rasa tidak senang duduk apabila perkakasan dapur masih ada kesan minyak walaupun sudah dibasuh berkali-kali.

Apabila berhadapan dengan situasi ini, kita cenderung untuk menggunakan lebih banyak air dan sabun untuk menyental minyak sehingga kita berpuas hati dengan hasil cucian.

Namun begitu, tahukah anda bahawa cara cucian tersebut tidak efisyen kerana menggunakan air dan sabun dalam kuantiti yang banyak.

Apa yang terjadi bila buang terus sisa minyak dalam sinki?

Menurut perkongsian Indah Water Konsortium (@iwk_official), cara cucian konvesional menyumbang kepada masalah sinki dan longkang tersumbat.

Dalam satu video di TikTok, Indah Water telah membuat pembandingan antara kaedah cucian konvesional dan cucian lestari.

Secara umumnya, kaedah cucian konvesional adalah apa yang dipraktikkan oleh kebanyakkan rakyat di Malaysia iaitu, mencuci kuali di sinki dengan minyaknya sekali.

Kuantiti minyak yang banyak menyebabkan kita memerlukan lebih banyak air dan sabun untuk membersihkannya sehingga tiada kesan minyak.

Selain tidak efisyen, lebihan minyak ketika memasak juga mengalir terus di dalam sinki menuju ke pusat pembentungan. Ia berpontensi membuat saliran berkenaan tersumbat.

Berbeza pula dengan kaedah cucian lestari, kaedah ini sudah semestinya lebih baik daripada pelbagai aspek.

Dalam kaedah ini, kita perlu mengelap lebihan minyak dengan menggunakan tisu atau agen pengeras minyak yang boleh didapati di mana-mana kedai serbaguna.

Ia dapat mengelakkan minyak memasuki saluran pembentungan hingga mendatangkan masalah kepada pengguna. Menariknya, proses cucian juga menjadi lebih mudah cepat.

Selain itu, kaedah cucian lestari sangat menjimatkan penggunaan air dan sabun serta mengurangkan lebihan minyak yang masuk ke dalam sinki dan seterusnya ke saliran.

Mesti anda tertanya-tanya, kenapa kita perlu mengurangkan kadar kemasukan lemak, minyak dan gris ke dalam lubang sinki rumah kita.

Pada video seterusnya, Indah Water Konsortium menunjukkan mengapa anda perlu lebih bertanggungjawab dalam menguruskan sisa masakan.

Pekerja Indah Water telah membuka salah satu penutup saluran pembentungan dan menunjukkan keadaan yang mengejutkan.

“Berketul-ketul lemak dalam minyak beku dalam tu. Ni yang jadi bila sisa makanan dibuang terus dalam sinki, masuk dalam sistem kumbahan. Lama-lama boleh tersumbat.”

Jadi, sebagai seorang pengguna yang berhemah, bijak dan mencintai alam,  marilah kita memilih kaedah cucian lestari.

Sumber : sk

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Jemput sini JOIN GROUP

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *