Resepi Tips

Buat Sendiri Mi Goreng Style Mamak. Masak Sekejap Tapi Punyalah Sedap

Kalau pergi restoren mamak, mi goreng ini selalu kita pesan. Tak tahu kenapa, mi goreng mamak ini rasa sedap je.

Makan waktu panas, dapat pula basah bersalut dengan telur, memang terbaik. Tapikan menu ini boleh saja kita buat sendiri sendiri di rumah.

Lagi best masak sendiri sebab boleh ikut cita rasa kita. Kalau nak yang sedap tapi senang boleh ikut perkongsian resipi mi goreng ala mamak Ziera Xiera. Ringkas saja buatnya tapi punyalah sedap.

Mi goreng ala mamak

Buat Sendiri Mi Goreng Stail Mamak. Masak Sekejap Tapi Punyalah Sedap

Bahan-bahan

Mi kuning (paket 1/2kg)

Bahan kisar

Cili kering
1 biji bawang bsr
3 – 4 ulas bawang putih
1 sdb udang kering (tak letak pun boleh)

Bahan A

2sdb sos tiram
2sdb sos tomato
3sdb sos cili
2sdb kicap pekat manis
Kicap cair manis (letak ikut pada kehitaman mee yg kita nak)
Garam
1sdb gula (untuk seimbangkan rasa, jika suka)
Isi ayam
Fish cake

Bahan B

4 – 5 biji telur (jika kuantiti mee 1kg guna 9-10 biji telor, kalau kurang nanti tak bersalut. Jika guna telur gred A, boleh kurangkan sebiji)
Mee
Sawi
Tauge
Hirisan cili merah

Cara membuat:

Buat Sendiri Mi Goreng Stail Mamak. Masak Sekejap Tapi Punyalah Sedap

1. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak, masukkan bahan A satu persatu

2. Masak sampai bahan sebati dan cukup rasa, baru masukkan telor.

3. Gaul seketika sebelum masukkan mee.

4. Gaul sampai mee bersalut dengan bahan-bahan.

5. Akhir sekali masukkan sayur. Boleh juga tambah hirisan tauhu jika suka. Siap!

Selamat mencuba.

Sumber : vanillakismis

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *