Resepi Tips

Cara Buat Sup Ikan Yang Sedap, Confirm Menjadi Tak Hanyir

Asyik buat sup ayam dan daging saja, kita buat pulak sup ikan. Bila buat sup ikan ini ramai yang takut bau hanyir, supaya sup tiada bau ikan dan sedap boleh ikut cara yang dikongsi oleh Umi Watie.

Cara masak sup ikan gerenti tak hanyir

Cara Buat Sup Ikan Yang Sedap, Gerenti Tak Hanyir

Bagi yang suka menghirup sup wajib cuba resipi SUP IKAN GERENTI TAK HANYIR. Terasa segar dengan aroma rempah yang wangi.

Bahan-bahan

3 keping ikan – ikan siakap/jenahak/merah
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
1 sdt jintan manis
1 sdt lada hitam
1 sdt jintan putih
1 sdb ketumbar
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 helai daun salam (bay leaf)
2 biji tomato
Kentang
Lobak merah
Daun sup
Garam

Cara Buat Sup Ikan Yang Sedap, Gerenti Tak Hanyir

Cara masak:

  1. Mula-mula tumiskan segala jenis bawang dan halia yang dihiris nipis.

2. Masukkan kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Tumis sampai naik bau.

Cara Buat Sup Ikan Yang Sedap, Gerenti Tak Hanyir

3. Bila bahan tumis dah wangi dan kekuningan masukkan rempah lain macam lada hitam, jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Daun salam/bay leaf jangan lupa.

Rempah macam lada hitam, jintan dan ketumbar buat aroma sup ikan kita wangi dan tidak hanyir. Daun salam tu pula buat rasa ikan kita rasa segar. Ini rahsia sup ikan sedap.

Cara Buat Sup Ikan Yang Sedap, Gerenti Tak Hanyir

4. Masukkan air dalam 5 cawan. Biarkan sup mendidih.

5. Masukkan kentang, diikuti dengan tomato.

Cara Buat Sup Ikan Yang Sedap, Gerenti Tak Hanyir

6. Bila dah mendidih, masukkan ikan, saya guna ikan siakap.

Cara Buat Sup Ikan Yang Sedap, Gerenti Tak Hanyir

7. Bila nampak ikan dah masak, masukkan garam secukup rasa. Matikan api.

Cara Buat Sup Ikan Yang Sedap, Gerenti Tak Hanyir

Hidang ketika panas. Confirm hirup sup sampai licin.

Selamat mencuba.

Sumber : Umi Watie

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *