Info

Budak sedang main skuter ditaman perumahan maut dirempuh pacuan empat roda

TULAR video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang kanak-kanak sedang bermain skuter di kawasan perumahan sebelum dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Dalam klip video tersebut, sebuah trak pikap hitam dilihat dipandu laju memasuki lorong di kawasan perumahan itu di mana mangsa sedang bermain skuter.

Akibat perlanggaran itu yang berlaku di taman perumahan, Eco Spring, Johor Bahru, Johor, mangsa terperosok di bawah kereta.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan kes tersebut berlaku pada pukul 6.30 petang Jumaat.

Memetik laporan The Star, kanak-kanak yang meninggal dunia dalam kejadian tersebut berusia tiga tahun manakala pemandu kenderaan terbabit difahamkan berumur 32 tahun.

“Tiada kenyataan media akan dikeluarkan untuk menghormati keluarga mangsa,” kata Raub.

Dalam pada itu, difahamkan, pemandu trak adalah orang luar dan bukan residen taman perumahan berkenaan.

Dalam video dimuat naik pelayar di Facebook, netizen mendakwa pemandu berkenaan ialah kontraktor yang dipercayai melakukan kerja-kerja pembinaan dan ubah suai di taman perumahan itu.

Bagaimanapun, video tersebut telah dipadam bagi menghormati permintaan keluarga yang baru sahaja kehilangan anak.

Sumber : mstar

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *