Info

Selain Rendam Air Garam, Ini Cara Lain Elak Epal Lebam Lepas Potong!

Selalunya kalau potong buah khususnya epal, nak elak dari buahnya berubah warna atau lebam kita akan rendam dengan air campur garam kan? Bukan hanya warna, kerangupannya juga kekal sama biarkan sudah lama potong.

Tapi tahu tak, sebenarnya selain dari petua guna air garam, ada cara lain lagi tau boleg guna untuk elak buah epal lebam. Nak tahu cara lain tu kena lah baca di bawah ni! Bukan 1, 2 tapi 4 petua kami bagi tau… Jom tengok caranya!

PETUA ELAK EPAL LEBAM BUKAN GUNA AIR GARAM JE, ADA CARA LAIN

1. AIR GARAM

Petua ini paling senang dan biasa orang buat. Caranya mudah sahaja iaitu sediakan air biasa, tambah secubit garam kemudian rendam hirisan epal ke dalam air tersebut sekejap.

Rendam dalam 5 minit kemudian toskan. garam jangan terlalu banyak sangat sebab nanti buah epal akan masin. Agak-agak sahaja ya.

2. MADU

Kalau tak suka buah epal jadi masin, bolehlah gunakan madu sebagai pilihan. Caranya pun mudah iaitu campurkan 2 sudu madu dengan segelas air biasa.

Kemudian, rendam potongan epal ke dalam campuran itu selama beberapa minit dan toskan. Sedia untuk dihidangkan.

Selain Rendam Air Garam, Ada Cara Lain Elak Epal Lebam Lepas Potong! Baru Cantik Anak Bawa Bekal

3. JUS LEMON

Petua elak epal lebam yang ketiga ini pun sangat mudah. Hanya perlu perah sedikit jus lemon ke dalam air. Kemudian, rendam potongan epal beberapa minit dan toskan sebelum dihidang.

4. PISAU TAJAM & LIMAU NIPIS

Gunakan pisau tajam untuk memotong epal. Tapi sebelum itu, sapu atau lengserkan pisau tersebut dengan limau nipis. Kemudian baru potong epal seperti biasa.

Katanya, petua ini pun boleh digunakan untuk mengelakkan kita ‘menangis’ masa nak potong bawang. Cubalah! Kalau tak ada jus lemon, boleh juga gantikan dengan jus limau nipis atau apa-apa jus buah yang bersifat sitrus seperti oren atau nanas.

Petua di atas juga boleh digunakan untuk buah pear, lai, pisang, atau buah-buahan lain.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Sumber : Facebook Lailatul Munira Zainuddin

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *