Info

Warga emas dan pelajar SPM meninggaI dunia setelah bertembung

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, berdasarkan siasatan awal, kemalangan dipercayai berlaku ketika warga emas yang menunggang Honda Dash dari arah Tanjung Belanja ingin pulang ke rumahnya di Kampung Tua.

Katanya, pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah Parit, yang menunggang Yamaha 135 LC itu Pula dari arah Bota Kiri ke Tanjung Belanja.

“Apabila sampai di simpang rumahnya, warga emas terbabit tiba-tiba membelok ke kanan menyebabkan penunggang motosikal jenis Yamaha LC yang bergerak lurus tidak sempat membrek lalu melanggarnya.

“Disebabkan kemalangan itu, kedua-dua penunggang motosikal mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : careta

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *