Info Tips

Ini Cara Tanam Bayam Dalam Baldi & Bakul, Tak Perlu Pun Ruang Yang Luas

Bayam tidak mempunyai karakter akar seperti kangkung yang serabut. Hal ini menyebabkan pegangan akar pada dasar tapis tidak stabil. Jadi ia memerlukan medium tanaman seperti coco peat sebagai pemegang akar.

Nak tahu cara tanam bayam dalam tapis? boleh ikut langkah-langkah dan penyediaan barang yang telah disediakan oleh Euzie Byna.

Bahan-bahan tanam bayam:

  • 1 biji baldi bersaiz kecil
  • 1 biji tapis yang muat dengan mulut baldi
  • Coco peat secukupnya
  • Filterwool
  • Biji benih
  • Air
  • Baja AB

Cara-cara tanam bayam:

Buat lubang pada tapis

Letak tapis dalam baldi dan ukur kedalaman tapis. Saya guna kayu saja.tandakan di kayu paras dasar tapis.

Ketepikan tapis dan tandakan kayu tadi di tepi baldi.

Tebuk lubang pada bahagian yang telah di tandakan tadi dengan menggunakan paku panas. Tujuan lubang utk air overflow.

Gunting filterwool mengikut lebar lubang tapis yg ditebuk. Panjang filterwool hendaklah mencecah dasar baldi

Masukkan air sehingga paras lubang overflow. Saya guna air kosong dulu.

Letakkan tapis dalam baldi. Tutup tapak tapis dengan sekeling filterwool supaya sabut tidak jatuh ke dalam air kelak.

Tambah sabut basah atas filterwool

Taburkan secubit dua benih bayam keatas sabut.

Spray air kosong supaya benih turut basah.

Tutupkan 2-3 hari supaya benih cepat bercambah.

Lepas benih cambah, tukar air guna air baja AB. (10-15ml ab+2L air)

Boleh terus dedahkan cahaya jika benih sudah mula tumbuh berdiri

Tambah air baja AB jika berkurangan. Pada peringkat awal, sumbu baru agak kurang berfungsi. Perlu dispray sabut supaya sentiasa basah.

Tuai selepas 4-6 minggu.

Sumber : EuzieByna

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *