Info Tips

Cara Mudah & Cepat Cambah Benih Jagung, Letak Dalam Bekas Begini. Lebih Selamat Juga

Pokok jagung antara tanaman yang selalu kita tanam jika berkebun sekitar rumah. Cuma ada masa bila cambah biji benih tak menjadi sebab awal-awal lagi dah dimakan haiwan.

Antara cara yang boleh dilakukan untuk memastikan biji benih jagung ini bercambah dengan selamat adalah dengan meletakkan dalam bekas yang dialas dengan tisu basah.

Cara yang dikongsi oleh Harun Arun ini juga katanya memudahkan untuk kita nampak mana biji yang bercambah dan mana yang rosak.

Langkah semai biji benih mengikut kaedah ini turut beliau kongsi. Caranya;

1. Cari bekas plastik kemudian alas dengan tisu dapat di bahagian bawah. Sembur atau spray tisu tadi sekadar basah sebelum letakkan biji benih.

Cara Mudah & Cepat Cambah Benih Jagung, Letak Dalam Bekas Begini. Lebih Selamat Juga

2. Kemudian letak sehelai lagi tisu dapur atas biji benih dan spray sekali lagi dengan lain. Spray cukup sekadar melembabkan tisu.

3. Tutup rapat bekas plastik untuk kekalkan kelembapan. Selepas 2 hari barulah dibukan dan didedahkan macam biasa.

4. Bila dah ada 4 daun bolehlah disemai dalam polibeg, pasu atau batas. 2 hari buka penutup dedahkan macam biasa.

Biji benih memerlukan air/kelembapan, suhu yang sesuai untuk bercambah. Cukup syarat ini bercambahlah ia.

Cara Mudah & Cepat Cambah Benih Jagung, Letak Dalam Bekas Begini. Lebih Selamat Juga

INFO:
Pastikan jangan sembur terlalu banyak air supaya tak berkulat dan busuk. Cukup sekadar untuk melembapkan.Tutup rapat bekas untuk kelembapan.

Pilih juga benih yang baik, boleh guna biji benih crop power SS932 F1 hybrid sweetcorn. Guna biji benih yang dah direndam racun kulat.

Semoga bermanfaat

Sumber : Harun Arun / vanillakismis

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *