Info Tips

Tips Mudah Tanggalkan Cebisan Tisu, Kertas Yang Melekat Pada Pakaian Dalam Mesin Basuh

Ada masa kita terlupa untuk keluarkan tisu atau kertas dari poket seluar. Akibatnya berlakulah ‘tragedi’ waktu membasuh pakaian menggunakan mesin basuh.

Habis semua pakaian yang melekat cebisan putih dari kertas tadi. Memang boleh ‘angin’ dibuatnya. Lagi stres kalau kebanyakan pakaian yang dibasuh itu berwarna gelap. Lagilah nampak cebisan putih yang bertepek itu.

Memandangkan kejadian seperti ini selalu juga berlaku maka kita kena tahu cara untuk membuang cebisan tisu yang dah melekat pada pakaian ini.

Seorang pengguna Twitter dari Jepun, Yukino telah berkongsi solusi kepada masalah ini dan caranya cukup mudah. Disebabkan itu ciapannya telah mendapat lebih 500k tanda suka. Bermakna ramai yang berdepan dengan masalah ini.

Cuma letak pelembut pakaian

Ujar beliau yang turut berdepan dengan masalah tersebut cara menyelesaikannya cukup mudah.

Tip Mudah Tanggalkan Cebisan Tisu, Kertas Yang Melekat Pada Pakaian Dalam Mesin Basuh

Bagi pakaian yang telah diselaputi cebisan tisu dalam mesin basuh ia akan kembali bersih dengan cara membuat satu lagi basuhan iaitu 1 kitaran bilasan dan 1 spin dan tambahkan pelembut pakaian.

Selepas kitaran itu, pakaian yang melekat tisu tadi akan hilang. Jadi jangan lagi risau kalau berlaku lagi kejadian ini berlaku.

Tip Mudah Tanggalkan Cebisan Tisu, Kertas Yang Melekat Pada Pakaian Dalam Mesin Basuh

Masukkan dalam dryer

Dalam pada itu netizen turut berkongsi lagi satu tip iaitu, memasukkan pakaian yang penuh dengan cebisan tisu ini ke dalam dryer. Cebisan tisu akan lenyap dan baju akan bersih selepas proses pengeringan tamat.

Semoga bermanfaat.

Sumber : Yukino & sk

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *