Info

Patutlah lambat kering, mula-mula dah saIah! Pemuda kongsi cara betul guna dryer, jimat masa dan duit

KEWUJUDAN dobi layan diri sememangnya bermanfaat buat mereka yang tidak mempunyai mesin basuh di rumah.

Selain mesin untuk mencuci pakaian, dobi layan diri turut menyediakan mesin pengering untuk digunakan oleh para pelanggan.

Kadangkala, ada pelanggan yang merungut kerana pakaian mereka masih lembap biarpun telah dikeringkan menggunakan ‘dryer’ sehingga 30 minit.

Menurut Salkukhairi Abd Sukor, dia mendapati cara pakaian dimasukkan ke dalam dryer menjadi salah satu punca ia gagal dikeringkan dengan sempurna.

15894776_1390354177670832_8723824547627115715_n

Cara yang salah boleh menyebabkan pakaian anda susah kering.

“Saya dapati ramai orang yang mencampakkan sahaja kain mereka terus ke dalam mesin pengering dengan keadaan kain yang masih basah dan berpintal-pintal.

“Dengan mencampakkan kain terus ke dalam mesin, ia akan mengakibatkan kain anda tidak dapat kembang (terdedah) dengan baik sewaktu mesin pengering berpusing.

“Ini menyebabkan kain tidak dapat kering dengan sempurna, terutamanya yang agak tebal dan di bahagian pinggang dan kaki seluar,” ujarnya di Facebook.

15823456_1390354207670829_2041912160972267685_n

Kaedah yang betul untuk meletakkan pakaian di dalam dryer.

Cara yang betul adalah seperti berikut:

1. Sila perah dan kibas kain anda terlebih dahulu. Ini bertujuan memastikan tiada lagi sisa-sisa air pada kain tersebut dan menjadikan ia dapat kembang (terdedah) dengan baik dan tidak berpintal-pintal apabila dimasukkan ke dalam mesin pengering nanti.

2. Sila masukkan kain tersebut ke dalam mesin pengering sehelai demi sehelai dengan keadaan ia dikembangkan. Sila susun kain tersebut secara berlapis.

3. Cara ini menjadikan adanya ruang di antara kain anda yang membolehkan kain dapat berpusing dengan baik di dalam mesin pengering dan menjadikan proses pengeringan lebih sempurna.

Jelasnya, cara ini dapat mempercepatkan proses pengeringan dan menjimatkan masa serta wang pelanggan.

Malah, pakaian juga boleh kering dengan sempurna dalam masa 30 hingga 35 minit sahaja (untuk satu bakul penuh kain).

Selain itu, kain juga tidak akan berkedut dan mudah dilipat sebaik sahaja dikeluarkan daripada mesin pengering.

Sumber : mstar

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *