CUACA panas melampau menyebabkan kita terpaksa menghidupkan kipas dan pendingin hawa (aircond) dalam tempoh yang lama.
Namun, ada cara tertentu yang boleh anda amalkan bagi menjimatkan elektrik sewaktu menggunakan aircond di kediaman anda.
1. Tutup suis utama
Anda disarankan agar menutup suis utama setiap kali menutup suis aircond. Dengan cara ini, anda boleh menjimatkan sehingga 10 peratus jumlah penggunaan elektrik di rumah.
2. Guna timer
Sebaiknya tetapkan penggunaan aircond menggunakan timer bagi membolehkan ia ditutup pada waktu-waktu tertentu secara automatik.
Aircond menjadi satu keperluan ketika cuaca panas melampau.
3. Tetapkan suhu yang tepat
Tetapkan suhu pada 24°C atau lebih. 24°C merupakan suhu yang selesa. Jika ditetapkan pada suhu 18°C, ini akan memaksa kompressor untuk mencapai suhu tersebut.
4. Bersihkan atau tukar penapis aircond setiap bulan
Penapis udara yang kotor mengurangkan keberkesanan unit, menggunakan lebih banyak tenaga elektrik dan kos penyelenggaraan yang lebih tinggi.
5. Servis secara berkala
Servis unit aircond anda jika ia meniupkan udara panas. Jika mahu lebih jimat, pilih aircond jenis inverter yang lebih mesra alam.
6. Pasang kipas sebagai alternatif
Selain aircond, kipas juga berfungsi untuk menyejukkan ruang dan suasana. Jadi, apa kata gunakan kedua-dua alatan elektrik itu secara alternatif, jadi aircond tidak perlu dihidupkan dalam tempoh yang lama.

Sumber : Nur Nadia
Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.
Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.
Jemput juga join group. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP
Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.