Info

Jimat Sangat Ni, Sabun Basuh Pinggan Tambah Garam Sahaja

Kadang-kadang rasa baru je beli sabun pencuci pinggan tu, tengok-tengok sekejap je dah nak habis kan? Wah, rupanya ada cara yang lagi jimat untuk buat sabun basuh pinggan ni sendiri. Guna garam je!

Begitulah yang dikongsikan oleh Puan Khalijah Ishak menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Katanya daripada 1L tu, bancuh dengan air dan garam boleh dapat 5L lagi! Dan tetap boleh guna untuk basuh pinggan dengan berkesan. Jom tengok cara yang beliau kongsikan ini selengkapnya.

Jimat Betul, Sabun Basuh Pinggan Tambah Garam Sahaja

CARA BUAT SABUN BASUH PINGGAN DIY. LEBIH JIMAT, DAPAT BANYAK!

Nak ucap terima kasih banyak-banyak dekat sis yang kongsi tips buat sabun basuh pinggan hari tu. Dahlah baik sudi pulak share ilmu. Saya pun dah cuba. Memang berbaloi sebab dahlah beli sabun Sunlight ni masa tengah offer. Bila buat macam ni dapat pulak lagi 5liter.

Ini cara buatnya.

Bahan-bahan

  • Sunlight lime hijau pekat 1L
  • 5L air
  • Secawan garam halus

Jimat Betul, Sabun Basuh Pinggan Tambah Garam Sahaja

Cara

Jimat Betul, Sabun Basuh Pinggan Tambah Garam Sahaja

Sunlight lime hijau pekat 1000ml campur 5liter air dan secawan garam halus bancuhkan dan akan dapat warna hijau muda macam ni.

DARI 1L DAPAT LAGI 5L. SERIUS JIMAT!

Mudah kan? Yang penting dapat jimat banyak. Cubalah buat kalau tak percaya. Hari yang sendu terus terasa ceria. Cuma bermodalkan garam halus saja. Memang menarik.

Selamat mencuba!

Sumber : Fb Khalijah Ishak

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *