Resepi Tips

Resepi Mi G0reng Basah MeIekit. Mudah dan Sangat Sedap. Anak-Anak Bertambah Makan!

Tak semua orang suka makan mi kuning kerana sesetengah jenama mungkin terasa pahit dan tidak sedap. Itulah yang ‘pot0ng’ selera nak makan.

Sebenarnya cara seseorang itu menyediakan masakan mi juga mempengaruhi rasanya. Sekiranya tidak dibersihkan dengan elok, kesan kapur akan membuatkan rasanya pahit dan tidak sedap.

Bercerita tentang mi, antara menu yang paling menjadi pilihan dan paling mudah disediakan adalah mi goreng.

Noor Hafiza Mohamad berkongsi resipi paling mudah tetapi rasanya sangat sedap. Jom, tengok!

Mee goreng basah guna Numee yang susah nak kembang dan takda rasa pahit ????

Resipi Mi Goreng Basah Melekit, Satu Keluarga Pasti ‘In Love’. Anak-Anak Bertambah Makan!
Sumber foto: Faceb0ok Noor Hafiza Mahamat

Bahan-bahan:
1 paket mee Numee
Udang (ikut suka nak masuk lauk apa ye ????)
5 sudu sos tiram
5 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
5 sudu kicap manis
3 sudu sos ikan (masin)
2 sudu kecil garam
2 sudu makan gula
Sayur (kangkung, lobak merah, tomato, cili padi ketuk untuk pedass)

Resipi Mi Goreng Basah Melekit, Satu Keluarga Pasti ‘In Love’. Anak-Anak Bertambah Makan!
Sumber foto: Facebo0k Noor Hafiza Mahamat

Cara Membuat:
1. Goreng udang separa masak dan angkat (supaya udang tak hancur dan terlebih masak dalam kuah.

2. Tumis 2 sudu ibu sambal (cili kering, bawang merah, bawang putih).

3. Masukkan air 600ml.

4. Masukkan semua sos dan kicap.

5. Bila dah menggelegak masukkan sayur-sayuran.

6. Masukkan mee (Numee tak perlu dicuci, ditulis pada paket). Saya celur sekejap dalam air panass, untuk elakkan mee patah bila digaul nanti. Mee keras bila keluarkan dari peti sejuk.

7. Pe.cahkan sebiji telur dan biarkan jadi scramble (nak pekatkan kuah).

8. Masukkan udang yang digoreng tadi, tutup a.pi dan sedia dihidang.

Resipi Mi Goreng Basah Melekit, Satu Keluarga Pasti ‘In Love’. Anak-Anak Bertambah Makan!
Sumber foto: Faceb0ok Noor Hafiza Mahamat

Nak makan nanti tabur daun sup, bawang goreng, perah limau dan makan bersama timun.

NOTA:
Saya rujuk 70% resepi Azie Kitchen dan olah ikut bahan yang ada dapur sahaja. Dia guna kicap pekat dan kicap mee. Saya pula tak pernah beli macam-macam jenis kicap. Hanya ada kicap manis ????

Benarlah resipi ni ada banyak versi, ikut kretiviti kita untuk mengolahnya sehingga sesuai dengan selera. Tiada salah dan betul dalam masakan, paling penting bijak seimbangkan rasa. Pasti sedap dan anak-anak pun berselera nak makan!

INFO LAIN : KLIK SINI

Sumber : pama

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *