Info Resepi

Step Buat Creampuff Sedap Dan Senang. Gebu Di Luar, Lembut Berkrim Di Dalam!

Pernah tak craving dessert yang manis-manis, lembut, gebu dan berkrim? Selalunya mesti terfikir donut kan? Tapi tahu tak, kalau dapat makan creampuff yang gebu dan lembut pun tak kurang juga sedapnya! Dapat pula makan creampuff yang ada filling sedap dan berkrim.

Fuuh, bayangkan rupa je pun dah buatkan kita teIan air liur. Pada yang tak biasa dengan makanan ni, creampuff ni sebenarnya ala-ala donut atau roti yang diperbuat dari tepung. Dan di dalamnya ada isi berkrim yang dipanggil filling.

Kalau tengok orang jual creampuff tu, ada bermacam-macam perisa filling yang ada. Ada perisa coklat, strawberi, vanilla dan sebagainya. Memang sedap dimakan bersama roti puff tu. Lagi gebu roti puff, lagi sedaplah kita menikmatinya.

Creampuff ni kebiasaannya orang buat kecil dan comel je. Walaupun kecil, tapi fluffy! Ada pula filling dia yang meleIeh. Itulah kelebihan creampuff ni yang buatkan ramai suka tak kira kanak-kanak atau dewasa.

Disebabkan banyak peminat, ramai dah orang kongsikan resepi creampuff ni. Kali ni saya nak kongsikan pula cara buat creampuff sedap dan senang, termasuk dengan filling perisa kastard yang pasti buatkan anda terkesima dengan rasa dia!

CREAMPUFF INTI KASTARD

Perisa filling creampuff ni memang banyak. Saya kongsikan resepi perisa kastard sebab perisa ni boleh dikatakan salah satu flavor yang orang gemari selain coklat. Rasanya pula memang sangat sedap!

Bahan-bahan untuk roti puff:

Bahan A:

  • Air 1 cawan
  • Mentega / marjerin 100 gram
  • Gula ½ sudu kecil
  • Vanilla esen 1 dudu teh
Bahan B:
  • Tepung gandum 125 gram
  • Telur 3 bji
  • Secubit garam

Cara buat creampuff:

Panasskan periuk, kemudian masukkan kesemua bahan A. Masakkan sehingga mendidih.

Dengan a.pi yang kecil, masukkan tepung gandum dan kacau. Terus kacau hingga tak melekat di dasar periuk.

Selepas tu biarkan sejuk selama 10-15 minit.

Selepas dah sejuk, pecahkan telur sebiji-sebiji dan pukuI dengan mixer.

Kemudian masukkan adunan ke dalam piping bag. Sediakan nozel untuk mudah dipicit di atas tray nanti.

Panasskan oven siap-siap.

Sumber: SyazlinZubir

Kemudian paipkan di atas baking tray dan bakar pada suhu 180’ dalam masa lebih kurang 25 minit atau warna bertukar keperangan.

Selepas dah masak, keluarkan dari oven.

Lubangkan sikit creampuff supaya wap panass keluar. Nanti tak adalah creampuff menge.cut atau meleper bila dah sejuk.

Semasa menunggu creampuff dalam oven tadi, bolehlah buat filling kastardnya.

KASTARD FILLING

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Susu 2 ¼ cawan (kalau tak nak lemak sangat, boleh campurkan air dengan nisbah 50:50)
  • Telur 1 biji
  • Tepung kastard 25 gram
  • Tepung jagung 25 gram
  • Gula castor 100 gram atau secukup rasa
  • Esen vanilla ½ sudu teh
  • Mentega 1 sudu besar
Cara buat filling kastard:

Panasskan periuk, kemudian masak kesemua bahan kecuali mentega.

Perlu sentiasa kacau supaya tak melekat dan hangit.

Masak adunan ni sehingga likat dan berkilat. Kalau adunan terlampau likat, boleh  tambah sikit susu atau air.

Kemudian masukkan mentega.

Selepas dah siap, tutup a.pi dan biarkan sejuk seketika.

Peringatan! Kuah kastard ni kalau kurang air nanti bila sejuk dia akan membeku atau keras sikit seolah-olah puding. Jadi, jangan masak ia terlalu likat.

Selepas dah sejukkan sikit, masukkan ke dalam piping bag.

Paipkan filling kastard ke dalam creampuff melalui lubang yang dibuat tadi.

Akhir sekali hiaskan dengan gula ising di atasnya.

Dah siap, sedia dihidangkan!

Lihatlah hasilnya. Cantik, comel dan gebu! Bila dihidangkan, nampak macam yang dijual kat kedai bakery tu. TeIan air liur bila melihatnya.

Tak rugi sebenarnya kalau buat sendiri. Untuk adunan ni, boleh dapat dalam 30 biji. Puas makan 1 keluarga, siap boleh hulur pada jiran lagi. Tak perlu beli kat luar lagi.

Kalau anda nak pelbagai rasa, boleh buat filling lain pula. Ada juga yang kreatif dengan masukkan aiskrim dalam creampuff sebab nak rasakan kelainan dan kepuasan makan aiskrim yang sejuk dan roti puff. Sedap juga. Ikutlah kreatif anda sendiri.

Bagi yang nak mencuba, jangan lupa ikut cara buat creampuff sedap dan senang ni. Semoga berjaya!

Sumber : portmakan

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *