Info Resepi

Cantik dan Menariknya Puding Strawberry Ni. Ibu Berpantang Pun BoIeh Makan!

Puding strawberry antara salah satu pencu.ci mulut yang sangat sedap! Tak lama lagi bulan ramadan bakal menjelma, sesuai sangat dijadikan menu pencuci mulut. Ibu berpantang pun boleh makan juga tau!

Resepi Puding Strawberry by Mr.Ali

Cantiknya Puding Strawberry Ni, Ibu Berpantang Pun Boleh Makan!

Cantiknya Puding Strawberry Ni, Ibu Berpantang Pun Boleh Makan!

Resepi ni senang sangat-sangat, sesiapa pun boleh buat tau. Loyang petak 8 inci

Bahan-Bahan

LAPISAN PERTAMA

  •  1 paket serbuk agar-agar ( 10 gram)
  • 3 cawan air ( 1 cawan = 250ml)
  • 1 cawan dairy whipping cream.
  • 220 gram gula
    * Jangan risau, kalau tiada dairy whipping cream, jangan pakai hat non dairy sebaliknya pakai saja SUSU CAIR. sukatan sama. Sy pakai dairy untuk menaikkan rasa lemak berkrim lapisan ini
  • satu 2 titik sirap.. Kalau takde pakai je pewarna merah..2 titik je tau, jangan letak banyak
  • secubit garam
  • strawberry yang dipot0ng dadu atau kecil. Terpulang nak letak banyak mana

Cantiknya Puding Strawberry Ni, Ibu Berpantang Pun Boleh Makan!

LAPISAN KEDUA

  •  5 gram serbuk agar-agar
  • 2 cawan air ( 1 cawan = 250ml)
  •  Satu titik pewarna sirap
  • 60 gram gula
  • Strawberry yang dihiris. Terpulang nk pakai berapa banyak

Cara- Cara

LAPISAN PERTAMA:

  • Masukkan 3 cawan air + 1 paket serbuk agar- agar + 220g gula. Kacau dulu sebati,dah sebati baru hidupkan api perlahan saja
  • Kacau dalam seminit, then masukkan 1 cawan dairy whipping cream atau susu cair
  • Kacau sebati sampai mendidih
  • Biarkan mendidih selama lebih kurang seminit
  • Off api, masukkan 1-2 titik pewarna sirap. Sebatikan.
  • Masukkan dalam loyang 8 inci
  • Seterusnya masukkan strawberry yg dipot0ng dadu..masukkan perlahan lahan
  • Biarkan ia set atau letak dekat luar saja selama 10 minit then sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit

Cantiknya Puding Strawberry Ni, Ibu Berpantang Pun Boleh Makan!

Cantiknya Puding Strawberry Ni, Ibu Berpantang Pun Boleh Makan!

LAPISAN KEDUA

  • Masukkan 2 cawan air + 5 gram serbuk agar2. + 60 gram gula
  • Sebatikan baru on apl. Perlahan sahaja..sebatikan sampai mendidih. Dah mendidih off api
  • Masukkan 1-2 titik pewarna sirap. Sebatikan .
  • Tapis
  • Biar suam sikit dalam 5 minit baru tuang

❌JANGAN TERUS TUANG KEATAS LAPISAN TADI.
biasanya akan jadi tak melekat sebab tak lorek atau tak cucuk dulu.

  • Lapisan yg dah set tadi, cucuk sebanyak mungkin atasnya baru tuang sikit demi sedikit. tuang separuh dulu , selepas itu baru letak strawberry yg dihiris tadi.
  • Tuang lebihan adunan sampai hapus strawberry tadi..kalau ada sebiji dua yg keluar keatas takpe je
  • Kena cepat-cepat , takleh lambat sbb lapisan ni cepat mengeras. Sejukkan dalam peti selama 2 jam , dah boleh makan. Selamat mencuba semua!

Cantiknya Puding Strawberry Ni, Ibu Berpantang Pun Boleh Makan!

Kredit : Muhammad Ali / majalahpama

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *