Resepi Tips

Tips Buat Ayam G0reng Ala McD Sendiri Di Rumah. Crispy Dan Tak Muak. Jom Cuba!

Buat Sendiri Ayam Goreng Ala McD Di Rumah

Ayam goreng McD merupakan salah satu makanan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Hari-hari makan pun tak muak.

Rupanya tak susah mana pun kalau ada yang nak cuba buat sendiri ayam goreng ala McD di rumah.

Walaupun rasa tidak sama ‘sebijik’ macam di McD, sekurangnya dapat menghilangkan rasa mengidam dan menjimatkan duit poket anda. Kalau hari-hari nak beli pun payah jugak, alamatnya keringlah poket nanti! Hehe..

Nak tahu bagaimana cara membuatnya? Jom sama-sama baca resipi hasil perkongsian oleh Ummi Syuhada di laman sosial Facebook di bawah.

Resipi Ayam Goreng Ala McD

Bahan-bahan:

Rempah kari daging

Tepung bestari pedas

Serbuk cili babas

Tepung goreng cucur cap tangan

Telur

Cara-cara :

Rebus ayam bersama rempah kari daging.

Buang air rebusan. Bilas dengan air sejuk dan tambahkan sedikit ais supaya isi tak kecut.

Masukkan tepung bestari pedas dan serbuk cili babas. Gaul sehingga sebati.

Tutup bekas dengan plastik dan masukkan ke dalam peti ais sekejap.

Satukan tepung bestari, serbuk cili babas dan tepung goreng cucur cap tangan. Gaul rata terlebih dahulu sebelum dilumur pada ayam. Dalam mangkuk lain, pe.cahkan telur dan pukul rata bersama 1/2 sudu kfc maggi secukup rasa.

Lumurkan campuran tepung tadi pada ayam, kemudian celupkan ke dalam telur. Kemudian salutkan semula dengan tepung.

Goreng ayam dalam minyak yang banyak. Tak perlu goreng lama, bila dah garing boleh terus angkat.

Siap. Selamat mencuba!

Terima kasih kepada empunya resepi!

Kredit : Ummi Syuhada

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *