Hiburan Info

Ya memang saya kahwini suami baru sebab “benda” tu.

Kuala Lumpur: Ketampanan suami, Aliff Awang menjadi penarik utama untuk pelakon, Fatin Afeefa, 28, mengahwini jutawan pelaburan itu dan bukan kerana kekayaan semata-mata.

Fatin atau nama sebenarnya, Fatin Nur Afifah Shamsudin berkata, walaupun dirinya turut didekati beberapa lelaki kaya, namun hatinya lebih tertarik dengan Aliff.

“Saya hendak awak tahu satu benda, awak bukan lelaki kaya pertama yang mendekati saya, tetapi awak paling ‘handsome’ (kacak).

“Jadi, saya kahwin dengan awak sebab ‘handsome’ dan comel. Malah, sekiranya saya pejam mata pun, saya boleh rasa kekacakan awak. Soal kaya atau apa, saya letakkan di nombor dua,” katanya dalam satu perkongsian di media sosial.

Perkongsian itu dibuat Fatin bagi menjawab pertanyaan Aliff susulan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Video perbualan mereka dikongsikan Aliff yang mesra disapa sebagai Opai menerusi aplikasi TikTok sebagai penjelasan terbuka isterinya.

Fatin sah bergelar isteri kepada usahawan itu pada majlis membabitkan keluarga dan rakan terdekat mereka pada 30 Disember lalu.

Majlis yang berlangsung di Putra Glass Hall, Subang Jaya secara tertutup itu dihidu ramai selepas jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa memuat naik gambarnya menata rias pengantin di Instagram.

Sebelum ini pelakon filem Tentang Bulan pernah berkahwin dengan pelakon, Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai pada 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia yang kini berusia tujuh tahun.

Sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian, 10, hasil perkahwinan sebelum itu.

Sumber : harianmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *