Info

Seekor monyet meratapi kematlan seseorang yang sangat baik sewaktu hayatnya

Kejadian terbabit menggambarkan ikatan atau kasih sayang antara haiwan dan manusia sememangnya sangat menyentuh emosi.

Bukan sahaja membuktikan masih wujud empati dan rasa kasih di atas bumi ini, tetapi video sedemikian juga menunjukkan bagaimana haiwan juga tahu berterima kasih kepada manusia atas layanan baik yang diberikan.Dalam satu video meny4yat hati yang dikongsikan di Twitter, penghormatan yang diberikan oleh seekor monyet kepada seorang lelaki semasa majlis pengebum!annya membuatkan ramai seb4k.

“Seekor monyet memberi penghormatan di #pengebum1an tuannya di #Batticaloa,” demikian kapsyen pada posting itu.

Video itu menunjukkan monyet itu duduk dekat kepala lelaki itu yang sering menjaga dan memberi makan kepadanya sebelum dia men1nggal dunia, dalam kejadian di Batticaloa, Sri Lanka.

Sepanjang rakaman klip, dapat juga dilihat haiwan berkenaan membelai-belai kepala, malah tunduk kepadanya.

Monyet itu juga sempat mencium mayat di hadapannya dan apabila menyedari lelaki itu tidak menunjukkan sebarang reaksi, haiwan itu cuba mengangkat pula tangannya. – Indiatoday

Komen Netizen:

Sumber : ambiltahu com / mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *