Info

Kami redha atas pemberianNYA. Cuma sedlh kenang nasib dia bila dah besar kelak.

Kulai: Baru berusia sembilan bulan, namun Amsyar Hadif Muhammad Amirul Hafiz yang dilahirkan tanpa bebola mata disahkan mempunyai mas4lah j4ntung yang kompleks selain kedudukan 0rgan dalaman terbalik.

Jantung bayi berusia sembilan bulan itu tidak mempunyai s4raf besar, berlub4ng dan kedudukan 0rgan utama itu juga terbalik serta berada di tengah dada, manakala paras oksigen bayi itu juga maksimum 75 peratus saja.

Bukan itu sahaja, kedudukan organ dalaman lain anak kepada pasangan muda, Siti Aishah Noor Azlan, 23, dan Muhammad Amirul Hafiz Nazarudin, 22, itu juga terbalik dibandingkan dengan manusia normal.

Berkongsi cerita, Siti Aishah berkata, pada mulanya mereka tidak mengesan sebarang kelainan pada mata Amsyar Hadif ketika dalam kandungan biarpun sudah membuat imbasan terperinci.

Menurutnya, ketika berusia empat bulan, Amsyar Hadif mengalami c!rit b!rit berd4rah dan dibawa ke H0spital Kulai sebelum paras oksigen menurun dan kemudiannya ditidurkan selama tiga hari serta dirujuk ke H0spital Sultanah Aminah, Johor Bharu pada Julai lalu.

Katanya, ketika itu mereka dimaklumkan mengenai mas4lah j4ntung dan keadaan Amsyar Hadif sangat istimewa.

“Mata Amsyar (Amsyar Hadif) juga tiada saraf dan kami diberitahu jika ada (saraf) dia berpeluang melihat sekiranya ada penderma organ itu, manakala pembed4han j4ntung tidak disarankan buat masa ini kerana ia berisiko tinggi.

“Ini kerana kami dimaklumkan Pengimejan Resonas Magnetik (MRI) mengesan ada dot hitam pada otaknya, membuatkan 0ksigen tidak sampai (ke otak). Paras oksigen Amsyar paling tinggi hanya 75 saja.

“Keadaan jantung Amsyar berlub4ng dan saya difahamkan jika lub4ng itu semakin mengecil ia memberi risiko pada anak yang berkemungkinan boleh ‘pergi’ bila-bila masa,” katanya yang tinggal di Taman Seri Muhibbah, di sini, ketika dihubungi Harian Metro.

Bercerita lanjut, suri rumah itu berkata, doktor memberitahu Amsyar Hadif antara kelahiran yang unik dan jarang berlaku sekali gus ia baginya dan suami, anak lelaki mereka adalah anugerah paling berharga selain anak perempuan sulung.

“Kedudukan org4n dalam Amsyar terbalik seperti kalau org4n orang normal lain berada di kiri, dia punya di kanan dan sebaliknya tetapi kami diberitahu organ lain berfungsi dan keadaan itu tiada masalah.

“Amsyar sekarang hanya menjalani pemeriksaan bayi rutin dan pakar kanak-kanak. Untuk j4ntung setiap enam bulan sekali bagi memantau keadaan lub4ng di j4ntungnya,” katanya memberitahu suami berkerja sebagai pemandu lori.

Menurut Siti Aishah, dia menguatkan semangat dengan sokongan suami, keluarga dan rakan untuk menjadi ibu terbaik buat Amsyar Hadif, malah mengakui biarpun dalam kekurangan anaknya tetap adalah terbaik dan sempurna.

“Suami selalu cakap ujian setiap orang berbeza dan tidak sama dengan kita dengan ada yang melalui ujian yang lebih getir dari kami.

“Sedih itu memang ada terutama memikirkan bagaimana dia bila besar nanti, tetapi kami menerima takdir ini dan akan terus menjaga amanah AIIah SWT dengan baik.

“Sedlh itu memang ada terutama memikirkan bagaimana dia bila besar nanti, tetapi kami menerima takdir ini dan akan terus menjaga amanah AIIah SWT dengan baik.

“Amsyar mudah dijaga, dia hanya men4ngis ketika mahu susu dan dia akan bermain sendiri. Anak memang aktif dan mulutnya juga riuh. Bila panggil namanya, saya akan terus pegang tangan supaya dia tahu ibunya ada di sisi,” katanya.

Terdahulu kisah Amsyar Hadif mendapat perhatian warganet apabila ibunya membuat perkongsian di TikTok.

Sumber : HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *