Hiburan Info

Bukan riak tapi saya ni vip jemputan AIIah.

Sep0tong video memaparkan aksi pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri tular di TikTok hingga mendapat pelbagai reaksi warganet.

Dalam video berkenaan, Haliza yang berada di Masjid Nabawi, Madinah ketika mengerjakan ibadah umrah menyarung sepersalinan telekung yang didakwa bernilai RM6,080.

Mengulas tindakannya kepada Harian Metro, kata Haliza, perkongsiannya itu hanya untuk dirinya sendiri.

“Bukan riyak, tapi inilah yang saya pinta setiap pagi, petang, siang dan malam nak menjadi tetamu VIP AIIah.

“Tapi itu lah, tidak menjangka pula ia menjadi tular. Saya tak terkesan pun dengan segala komen yang ditulis. Saya senyum baca komen mereka, tak marah dan tidak pula terasa. Sebab saya tahu niat saya.

“Saya tak pernah cerita hal orang lain. Saya hanya cerita mengenai diri saya saja. Tapi itu pun saya tervk dikeccam.

“Sebenarnya, hantaran saya itu lebih kepada cerita berdasarkan pengalaman peribadi ketika menunaikan umr4h.

“Kalau ikutkan hati apa yang ditulis kadang terasa juga, tapi suami kata tidak mengapa. Niat itu yang penting. Yang baik ambil sebagai iktibar, yang kurang baik itu kita manusia,”

Maksud VIP?

Tambah Haliza, hantaran dimuat naik itu juga bukan bertujuan untuk membandingkan dirinya dengan orang lain.

“Apa maksud VIP bagi saya? Saya mahukan penerbangan kelas perniagaan supaya senang dan selesa beribadah, selesa membaca al-Qurn dan tak perlu risau mengenai makan dan minum dalam penerbangan. Semuanya terjaga.

“Saya minta pada AIIah nak duduk hotel yang paling dekat supaya senang nak ke masjid, yang sudah tentu harganya berlipat kali ganda. Saya minta pada AIIah beri saya ruang dan kusyuk dalam apa saja ib4dah selama di sana.

“Saya minta AIIah beri peluang dan ruang untuk boleh soIat dan d0a di dalam Raudah (Masjd Nabawi) dengan selesa sebagaimana seorang VIP dapat tempat paling depan apabila dijemput di majlis di Malaysia.

“Saya minta AIIah lancarkan dan mudahkan untuk diri ini khatam al-Qurn di rumah di Masjdil Haram. Dan saya janji untuk hadiahkan diri ini telekung yang mewah dan mahal harganya apabila dapat khatam al-Qurn.

“Janji ini buat saya lebih bersemangat habiskan bacaan al-Qurn. Sebagaimana seorang VIP yang selalu dapat cenderahati barangan mewah.

“Semua sedia maklum bulan Disember menjadi pilihan jemaah dari seluruh dunia datang untuk mengerjakan umrah. Saya minta AIIah melorongkan jalan untuk saya lancar tawaf dan saie sebagaimana yang dilalui seorang VIP,” jelasnya.

Sebelumnya, Haliza juga pernah tular apabila menerusi jenama yang diusahakan menjual tudung mewah mencecah RM2.5 juta.

Sumber : HM / gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *