Info

Penemuan kali ini betul-betul buat kami sebak.

Hulu Selangor: Beg watak hero Spiderman yang dipegang salah seorang anggota p0lis wanita milik m4ngsa terakhir tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, yang dikongsi di laman sosial Facebook PDRM meruntun jiwa orang ramai.

Rata-rata netizen meluahkan perasaan sed!h melihat beg itu berada di lokasi kejadian.

Pemilik akaun FB Aila menulis ‘sedihnya… usaha terakhir gunakan beg adik Huang untuk bantu K9 kesan bau’.

Rose Mawatie menerusi catatan di FB PDRM pula berkata sedihnya beg itu untuk K9 kenal m4ngsa.

Sementara itu, Ketua PoIis Daerah Hulu Selangor, Super!ntendan Suffian Abdullah berkata, beg itu dibawa ibu m4ngsa untuk tujuan pengecaman bau oleh Unit Anjing Pengesan (K9).

Harian Metro hari ini melap0rkan penemuan aliran cecair di tebing disy4ki cecair m4yat oleh pegawai penguasa kanan bomba yang menjalankan kerja operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sektor A berjaya menemui m4ngsa terakhir tr4gedi tanah runtuh di Jalan Genting-Batang Kali di sini, petang tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, m4ngsa terakhir itu ditemui di tebing kira-kira empat meter dari tapak perkhemahan.

Sumber : Harianmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *