Dunia Info

Juara juara jugak, kalau mem besar panggil kena datang.

Seusai tamat perl4wanan akhir Agentina bertemu Perancis, ia tamatlah sudah temasya teragung bola sepak, Piala Dunia Qatar 2022.

Bagi edisi kali ini, piala berwarna emas yang menjadi rebutan banyak pihak itu kembali ke bumi Amerika Selatan apabila Argentina berjaya menundukkan law4nnya, untuk muncul juara selepas kali terakhir berbuat demikian pada 1986.

Kemarau selama 36 tahun itu ditamatkan menerusi perl4wanan yang cukup sengit disajikan kedua-dua pasukan. Mendahului 2-0 kosong sejak dari awal, impian Argentina untuk menjulang trofi itu hampir lebur apabila tak terdaya membendung kebangkitan Perancis pada 20 minit terakhir yang berjaya menyamakan kedudukan dan mengheret perl4wanan sehingga ke penentuan penalti.

Dengan kemenangan Argentina, semuanya berkisar tentang seorang pemain bola sepak prolifik di dunia, Lionel Messi. Selepas 28 tahun mendominasi sukan ini, Piala Dunia 2022 sudah cukup untuk menamatkan ‘The Great Debate’, siapakah  GOAT (Greatest Of All Time) yang sebenar.

Selepas selesai upacara penyampaian pingat dan trofi, bintang PSG itu dilihat tidak melepaskan peluang mengabadikan detik manis sekali seumur hidup (barangkali) untuk dirinya bersama skuad kebangsaan dengan ahli keluarga. Walaupun dikelilingi puluhan jurukamera, Messi sempat mengeluarkan telefon bimbit sendiri bergambar bersama anak dan isterinya.

Kebiasaannya, kaum hawa lebih gemar orang lain untuk mengambil foto diri mereka. Ada kalanya, untuk mendapatkan shot terbaik, suami atau anak yang terp4ksa menjadi jurugambar bidang terjun.

Selagi gambar tidak menepati standard yang ditetapkan, seperti mengambil sudut agar nampak lebih kurus dan sebagainya, selagi itulah jurugambar tidak berbayar perlu mengulangi sesi photo shoot, sampailah ‘klien’ berpuas hati.

Pemain GOAT pun tidak terlepas daripada tugasan ini apabila dia perlu mengambil foto isterinya bersama trofi Piala Dunia yang baru sahaja dimenangi oleh pasukannya.

Kredit: Facebook

Gambar Messi dilihat tersenyum melayan permintaan isterinya kemudian menjadi tular di media sosial. Ia mengundang banyak komen daripada netizen. Rata-rata berpendapat, Juara Dunia sekalipun tidak terlepas daripada menerima hakikat dia adalah manusia biasa yang ada tugasnya tersendiri bersama isteri.

Komen-komen berkenaan bagaimanapun sekadar usikan dan ramai yang merasakan pasangan tersebut adalah pasangan secocok.

Serba sedikit mengenai isteri Messi, Antonela Roccuzzo

Untuk makluman, isteri Messi, Antonela Roccuzzo merupakan seorang ahli perniagaan dan model. Messi dan Roccuzzo telah bernikah pada 2017 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Selain itu, kedua-duanya sudah mengenali antara satu sama lain sejak zaman kanak-kanak lagi.

Walaupun, mereka terpisah buat sementara waktu ketika Messi berhijrah ke Sepanyol untuk bermain bersama Barcelona, Messi kembali semua ke tanah airnya apabila rakan karib kepada isterinya meninggal dunia pada 2005.

Pada Disember 2022, ketika Argentina berjaya mengatasi Perancis pada perlaw4nan akhir Piala Dunia 2022, Roccuzzo dan anak-anaknya memakai jersi nombor sepuluh menyertai Messi di padang untuk sesi berpelukan dan kemenangannya.

“Saya tak tahu bagaimana hendak mulakan,” tulis Roccuzzo di Instagram.

Kredit: Instagram

“Betapa besarnya rasa bangga kami terhadap kamu @leomessi. Terima kasih kerana mengajar kami untuk tidak pernah berputus asa dan berju4ng hingga ke garisan penamat.

“AKHIRNYA ANDA MENJADI JUARA DUNIA, kami tahu apa yang kamu lalui selama ini dan apa yang kamu k0rbankan untuk mencapai kejayaan ini.

Sumber : siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *