Hiburan

Giler berani si0t rakam “benda” tu. Kat mana dapat keberanian macam ni bang?

Pasti ramai diantara kita yang ‘bertuah’ pernah melalui pengalaman ternampak atau pun dikac4u dengan makhluk halus.

Rupa mereka yang menyeramkan itu pastinya akan menimbulkan rasa ketakvtan di dalam diri.

Namun berbeza pula dengan satu video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang bernama @jaysee__ ini apabila dia secara bersahaja merakamkan satu kelibat sambil menceritakan pengalamannya terjumpa dengan kelibat tersebut.

Menurutnya seperti yang diceritakan di dalam video berkenaan, semasa dia dalam perjalanan pulang ke rumah melalui Lebuhraya Plus menghala ke selatan, dia telah berkeputusan untuk menghentikan kenderaannya di bahagian tepi lebuhraya tersebut untuk berehat minum air seketika.

Pada ketika itu, jam menunjukkan pukul 2.20 pagi. Ketika dia sedang berehat, dia mend4kwa bahawa terdengar ada bunyi seseorang menang!s.

Pelik dengan suara itu, dia pun bert!ndak melihat sekeliling untuk mencari di mana datangnya suara tersebut namun tidak menjumpai apa-apa.

Dan apabila dia menggunakan kamera telefonnya untuk zoom sekeliling pokok di kawasan berhampiran lebuhraya tersebut, dia terus ternampak bahawa ada satu kelibat yang berpakaian serba putih berdiri berseorangan di sebelah sebatang pokok.

Tidak dapat dipastikan berkenaan apakah dan kesahihan video tersebut. Namun, ianya telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih sejuta kali.

Video :

 

Sumber : tiktok jaysee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *