Hiburan Info

Dah la tengok fifa ramai-ramai guna “screenphone”, sekali bentara guru wasap tanya bila nak balik? Luruh jantung!

Mesti ramai yang mengambil peluang untuk menonton perlaw4nan akhir Piala Dunia Qatar antara Perancis menentang Argentina yang berlangsung pada semalam Ahad, 11 malam waktu Malaysia.

Malah, kesempatan tersebut akan dimanfaatkan oleh golongan fanatik bola untuk berkumpul di gerai makan atau lebih dikenali sebagai ‘mamak’ untuk menonton bola bersama-sama.

Seperti yang kita tahu, di gerai makanan yang menyediakan fasiliti ini akan menggunakan skrin putih yang besar dan dipancarkan melalui projector. Hal ini memudahkan peminat bola sepak untuk menontonnya secara beramai-ramai.

Baru-baru ini tular satu video di laman tiktok @l4mmmmm yang memaparkan aksi lucu apabila perlaw4nan tersebut hanya dilayarkan daripada telefon bimbit ke LCD sehingga memaparkan mesej daripada ‘seseorang’ dipercayai isterinya.

“Bila nak balik?! Awak tidur luar je la”

Begitulah mesej yang jelas terpapar di skrin besar ketika mereka sedang menonton perlawanan tersebut yang sempat dirakam oleh @l4mmmmm.

Video yang mendapat jumlah tontonan sebanyak 867,300 kali, 82,800 tanda suka dan 1,100 komen yang ditinggalkan (setakat artikel ditulis) telah mencetusskan keriuhan warganet yang sering berbalas reaksi.

Ada yang menyangka bahawa ‘seseorang’ tersebut adalah kawan yang sengaja ingin mengenakan pemilik telefon tersebut. Biasalah, dalam berkawan memang ada yang bersikap sebegitu.

Malah, daripada satu sisi yang lain, ada yang memuji tindakan pemilik telefon tersebut kerana sanggup menggunakan telefonnya untuk kegunaan beramai-ramai.

bola
Kredit: @l4mmmmm | Tiktok
bola
Kredit: @l4mmmmm | Tiktok

Imbas kembali perlawanan semalam, Perancis gagal menyempurnakan sepakan penalti di set penentuan selepas kedua-duanya berjaya mengikat kedudukan 3-3 setelah wisel penamat dibunyikan untuk masa tambahan selama 30 minit.

Akibatnya, Argentina kembali melakar sejarah apabila pasukan gergasi itu merangkul gelaran juara Piala Dunia Qatar 2022 dan juga merupakan perlaw4nan akhir Piala Dunia bagi bintangnya, Lionel Messi.

Sumber : siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *