Info

“Eh duit MaIaysia ke ni? Ramai tak tahu kewujudan wang kertas siri istimewa. Antaranya saIah satu ini.

KUALA LUMPUR : Bank Negara MaIaysia (BNM) akan mengeIuarkan wang kertas peringatan bersempena Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Dalam satu kenyataan yang dikeIuarkan semalam, BNM berkata ia adalah sebagai tanda pengh0rmatan terhadap sumbangan Majlis (kemudiannya dikenali sebagai Persidangan) Raja-Raja yang merintis jalan ke arah mereaIisasikan kemerdekaan Tanah MeIayu pada 31 Ogos 1957.

Wang kertas peringatan itu dirasmikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Muzium dan Galeri Seni, Sasana Kijang, Bank Negara MaIaysia, di sini.

BNM berkata, wang kertas peringatan itu dikeIuarkan dalam tiga jenis iaitu wang kertas sekeping RM600, wang kertas bercantum tiga dalam satu RM60 dan wang kertas sekeping RM60.

“Bagi wang kertas sekeping RM600, ia mempunyai nilai muka wang kertas bersaiz besar dan dijual pada harga jualan RM1,700 sekeping. Ia hanya dicetak sebanyak 6,000 keping sahaja.

“Bagi wang kertas bercantum tiga dalam satu, nilai muka wang kertas ini ialah RM180 dengan harga jualan RM500 sekeping. Sebanyak 6,000 keping sahaja dicetak.

SEORANG kakitangan Bank Negara menunjukkan wang peringatan sempena ulang tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah MeIayu yang di rasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Sasana Kijang.- Foto BERNAMA

“Bagi wang kertas sekeping RM60, nilai muka wang kertas sekeping ialah RM60 dan harga jualannya RM120 sekeping dengan hanya 60,000 keping sahaja dicetak. Semua harga yang dinyatakan sudah termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST),” katanya BNM.

Contoh wang kertas itu akan dipamerkan kepada orang ramai di Muzium dan Galeri Seni BNM dan di pejabat BNM di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu.

“Bagi memastikan peIuang sama rata untuk semua orang membeli wang kertas edisi terhad ini, pembelian akan dihadkan yang mana setiap pembeli boleh membeli sekeping wang kertas RM600, satu set wang kertas bercantum tiga dalam satu RM60 dan lima keping wang kertas RM60.

“Untuk memudahkan pembelian, orang ramai boleh membuat tempahan dalam talian mulai 5 Januari depan.

“Sekiranya jumlah tempahan melebihi jumlah yang ditawarkan, tempahan akan dilaksanakan melalui undian. Wang kertas peringatan yang bernombor siri istimewa itu akan dijual melalui lelongan awam pada 10 Mac 2018.

“Maklumat lanjut mengenai tempahan, lelongan, pembayaran dan tempoh pengambilan akan diumumkan melalui siaran akhbar sebelum tarikh jualan,” katanya. – BH

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *