Info

“Tak putus asa?” Hari-hari dapat hadiah. Siap kat buku latihan ada nama saya ~cikgu praktikal

Gambar diatas sekadar hiasan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ini first time saya menulis di sini dan saya tak berapa pandai menulis. Minta maaf ya kalau ada kesalahan tatabahasa dan sebagainya.

Sebelum saya bercerita tentang kisah murid saya, saya ingin bercerita tentang peribadi saya dulu. Boleh panggil saya Na. Saya berumur 27 tahun.

Saya kem4tian ayah ketika kecil lagi dan sejak itu, saya struggle untuk capai pencapaian terbaik supaya saya dapat provide untuk family saya.

Saya top student, baik di sekolah mahupun di Universiti. Saya antara pelajar yang menerima scholarship dan setelah tamat belajar, menggenggam ijazah kelas pertama di salah sebuah universiti awam.

Pada umur 22, saya sambung Master di salah sebuah universiti awam juga dan grad dengan pointer hampir 3.9.

Pada tahun terakhir saya master, iaitu pada umur 24 tahun, saya apply bekerja di salah sebuah sekolah swasta dan dapat bekerja di sana.

Pada waktu tersebut juga, saya juga mengambil kesempatan untuk membuat Diploma Pendidikan.

Saya sudah pun mengajar di sekolah menengah selama 3 tahun. Dan tahun ini, saya ditugaskan untuk mengajar murid Tingkatan 4 dan 5.

Tahun sebelum ini, saya hanya mengajar Tingkatan 1 dan 2, tetapi disebabkan guru tingkatan 4 dan 5 sudah berpindah, maka saya ditugaskan untuk mengajar kedua dua tingkatan tersebut.

Setelah seminggu dua saya bekerja, saya dapati ada beberapa hadiah di atas meja guru saya.

Dan ada beberapa buku yang saya tanda, saya dapati ada love dan nama saya di dalam love tersebut.

Untuk pengetahuan semua, saya seorang yang sangat berhati kering. Ketika di sekolah dan universiti pun ada beberapa orang yang suka pada saya.

Tetapi disebabkan saya memikirkan keluarga saya, dan saya ingin membahagiakan mereka, maka semua yang confess, saya reject.

Waktu saya menerima surat surat cinta dari student, saya anggap itu crush biasa je. Kalau tak dilayan, mereka akan move on juga.

Tetapi, ada seorang murid Tingkatan 5, yang membuatkan saya agak cur!ous.

Dia merupakan best student di sekolah. Dia tidak seperti yang lain, yang menconteng bukan bukan dalam buku latihan dan menghantar surat surat c!nta.

Dia meletakkan satu hadiah sehari atas meja saya. Tidaklah terlalu mahal hadiahnya. Harga RM1 – RM2 sahaja.

Macam hari ini saya dapat 1 sachet Nescafe. Hari semalam 1 Kitkat. Hari sebelumnya biskut. Sebelumnya, sekuntum bunga.

Kawan kawannya mengatakan dia sukakan saya tetapi saya sendiri tak pernah dengar dia cakap apa apa.

Jadi, saya nak toIak cinta dia pun, macam pelik sebab dia tak pernah confess. Saya pernah meIarang dia untuk memberi hadiah.

Tetapi dia kata, ini tanda penghargaan dia dan hadiah hadiah itu murah murah sahaja. Tanpa henti, setiap hari, ada sahaja yang diletakkannya di atas meja.

Pada mulanya saya biasa sahaja, tetapi sekarang, I’m always looking forward untuk datang ke sekolah dan lihat apa yang ada di atas meja.

Before, I thought I have a heart made of steel, but I guess, at the end, I’m just a normal girl whose heart flutters at the thought of someone liking her.

I feel happy but at the same time, I’m upset for looking forward to these things.

Saya sangat suka mengajar.

It has been my lifelong ambition since I was small. Dan saya tahu etika seorang guru tidak membenarkan saya j4tuh hati pada murid.

Lebih lebih lagi perbezaan umur kami 10 tahun.

But, this fluttering heart of mine is stubb0rn.

Saya memang tak nak pursue apa apa relationship sekarang, and I’ll rethink about it again once he confesses and he’s at an eligible age.

I’m only disapp0inted at my heart for having this kind of feeling towards a student.

Saya nak tanya pada semua, is it normal to feel this way?

Dan kalau saya ign0re perasaan ni dan layan dia sebagai guru sepertimana yang saya memang buat sekarang dan sebelum sebelum ni, adakah saya masih lagi bersaIah sebab ada perasaan macam ni?

Reaksi Warganet

Minmin Zainuddin –
Teringat dekat sekolah saya dulu. Junior saya bercinta dengan cikgu dekat skolah.

Cikgu perempuan tu anak dah 3 berderet, junior tu masa tu form 4-form5 masa tu.

Smpai suami cikgu tu datang sekolah lah mengamuk tapi end up bercerrai dan kahwin juga dengan junior saya tu. Kekal sampai sekarang, bahagia ke tidak wallahualam. Jodoh dia.

Tapi sebenarnya sebagai cikgu sepatutnya jangan campur aduk feelings dan kerja. Kalau dekat oversea ni dah kena tangkap dah cikgu cikgu yang buat macam ni

Shezz Fawaz –
Rasanya confessor cuma lonely dan suka the attention. Ye la, hari hari dapat gift, walaupun murah tapi konsisten.

I doubt confessor benar benar suka as in j4tuh cinta dekat budak tu, sebaliknya cuma suka the feeling of having someone showing his appreciation/admiration.

Anggap je pelajar tu macam adik sendiri. Pada masa yanng sama, silalah cari calon suami.

Memang la usia ni cuma nombor, tapi tak ke rasa geli geleman nak bercinta dengan budak sekolah? Kalau dia dah habis study atau bekerja, logik juga nak bercinta sebab pemikirannya pun dah dalam dunia dewasa.

Bibi Izzatul Sheikh Rahimullah –
Let it be like this sampai dia habis belajar. JANGAN BUAT APA APA. T4kut emosinya terganggu, budak pandai tu dan if u proceed, adalah SALAH dari segi etika perguruan.

SABAR.. if dah jodoh, tak kan ke mana. Bagi dia habis belajar, kerja and keep in touch. If u still single, dia single.. and masa ni, dah tak ada halangan dah.. boleh proceed je

Yarntz Nabihan –
Masa praktikal penah sorang pelajar ni selalu tegur, saya anggap biasa. Lepas tu dia akan msg konon konon jeles bila saya baik dengan pelajar lain.

Tapi saya tak ditimpa perasaan. Saya rasa ada sesuatu pada pelajar tu.

Bila diselidik rupanya mak ayah dia jenis sibuk bekerja. Selalu dia tinggal sorang sorang dekat rumah.

Cikgu praktikal kan baik baik. Dia suka sebab saya selalu ambil berat pasal dia. Wah.. rasa macam mak mak sangat masa tu .

Liyana Nordin –
Saya guru English.. Biasa lah tu bila budak budak bagi hadiah. Coz saya pon ada dapat coklat, dapat kek. Siap ada bagi mini love, Bagi pickup line dan macam macam.

Kadang kadang budak ni dia nak attention kita.. Sometime budak budak ni hilang PERHATIAN dari parents dia.

So maybe dengan rasa caring kita dekat dia rasa dia dijaga.

Kita jangan lah melting apa yang diaorg buat. Anggap je kita ni as their parents in school.

Aisyah Afrina –
Cara anak murid hargai guru memang dengan memberi hadiah. Tapi tiap hari bagi walaupun tanpa meluahkan gigih benor usaha nya pun.

Sebagai perempuan memang lama lama pasti akan terbuai dengan perasaan. Sebab rasa seronok dan di hargai

Masing masing tak confess pun, so bukan la bercinta pun nama nya.

Cikgu tungggu la dia habis SPM, dapat banyak A. Then futher study. Kira bagi dia bina masa hadapan dahulu..

Dah grad nanti cikgu jumpa dan tanya lah semula. Suatu ketika dulu selalu bagi hadiah atas sebab apa. Suka ke masa tu?

Kalau memang jodoh cikgu, kira memang tak ke mana lah…

Hati manusia ni Allah yg pegang. Maka minta la pada Allah.

Cuma untuk umur pelajar cikgu tu dalam keadaan masa sekarang memang salah la dari segi etika sebagai pendidik.

Dan sekarang ni pun spenda dia pun mak ayah dia belikan. Termasuk kitkat yang dia bagi tu

Sumber – Na (Bukan nama sebenar) via IIUMC | Kredit: edisimedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *