Info

Makin terasa mahalnya. Sudahlah makanan keperluan.

Kota Bharu: Kenaikan harga bekalan keperluan seperti ikan dan sayur-sayuran mula dirasai apabila ia meningkat naik sehingga dua kali ganda sejak tiga hari lalu berikutan hujan lebat Monsun Timur Laut (MTL).

Malah, perkara itu turut diakui oleh kebanyakan peniaga yang menerima bekalan dengan harga sedikit tinggi daripada pembekal sejak beberapa hari lalu.

Tinjauan di Pasar Besar Siti Khadijah dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, hari ini mendapati beberapa jenis sayur naik seperti sawi yang dijual dengan harga RM8 hingga RM9 sekilogram (kg) berbanding RM5 hingga RM6 sebelum ini.

Lobak naik kepada RM10 daripada RM5, selain lada kampung RM40 berbanding RM20 sebelum ini, manakala timun pula dijual pada harga RM5 sekilogram berbanding RM3 sebelum ini dan pada masa sama, kangkung yang dijual RM3 bagi dua ikat kini dijual RM3 seikat.

Seorang peniaga sayur, Siti Noraini Mohd Yaman, 47, berkata, harga sayur mengalami kenaikan sejak tiga hari lalu berikutan musim tengkujuh dan disebabkan itu dia terpksa mengambil bekalan sayur dari pembekal luar di Thailand dan Cameron Higlands.

“Namun, bekalan sayur yang diperoleh masih lagi mencukupi, sebaliknya harga sayur yang dijual meningkat naik sehingga dua kali ganda disebabkan kos pengangkutan, namun sebagai peniaga itu adalah situasi yang biasa dialami apabila tibanya musim tengkujuh.

“Saya dan peniaga lain bukannya sesuka hati menaikkan harga, namun pembeli sepatutnya faham ia berlaku disebabkan masalah banjir dan kami menerima bekalan dengan harga yang tinggi daripada pembekal.

“Apabila musim tengkujuh harga sayur akan naik mendadak disebabkan sukar mendapatkan bekalan dan terpksa mengambil bekalan dari pembekal luar.

“Saya menjangkakan kenaikan harga ini akan terus berlaku selepas ini dan mungkin sehingga hujung tahun ini atau awal tahun hadapan berg4ntung kepada cuaca,” katanya ketika ditemui di Pasar Besar Siti Khadijah, di sini, hari ini.

Sementara itu, peniaga ikan Rosdi Hussin, 50, berkata, sejak tiga hari lalu dia terp4ksa menjual ikan sejuk beku disebabkan tidak ada bekalan ikan segar susulan nelayan tidak dapat turun ke laut seperti kebiasaannya.

“Bagi memenuhi permintaan pelanggan, saya mengambil bekalan ikan sejuk beku ini dari pembekal di RTC dan hanya beberapa jenis ikan sahaja seperti ikan selayang, cencaru, kembung dan selar yang menjadi antara ikan pilihan pelanggan di sini.

“Pada musim tengkujuh, ramai peniaga ikan terp4ksa menjual ikan sejuk beku dan harga ikan yang dijual juga agak mahal berbanding sebelum ini.

“Ikan selayang yang sebelum ini dijual dengan harga RM10 sekilogram, kini dijual RM20 manakala ikan kerisi segar dijual pada harga RM14 berbanding RM10 berbanding sebelum ini,” katanya.

Katanya, meskipun terp4ksa menjual ikan sejuk beku, namun pelanggan yang datang ke pasar tetap membelinya juga kerana ia adalah keperluan, tetapi dalam kuantiti yang sedikit berbanding ikan segar.

Sumber : harianmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *