Info

Lepas ni nak beli minyak masak paket kena pakai kupon.

Kuala Lumpur: “Mungkin perlu perluaskan lagi kegunaan kupon itu, bukan hanya untuk minyak masak saja tetapi juga bagi membeli barangan keperluan rumah,” kata ibu tunggal empat anak, Fuziah Othman.

Fuziah, 52, yang menetap di Taman Sepakat Indah, Kajang, Selangor memberi reaksi itu ketika diminta mengulas cadangan Kemennterian Perdagangan Dalam Negeri dan K0s Sara Hidup (KPDN) untuk memperkenalkan sistem kupon kepada golongan B40 serta peniaga kecil dan sederhana untuk membeli minyak masak paket bersubsidi.

Katanya, langkah kerajaan itu adalah satu usaha dan permulaan baik dalam membantu peniaga serta rakyat kurang berkemampuan namun tidak seharusnya memberi tumpuan kepada minyak masak saja.

“Kelebihan kupon itu mungkin kerana dapat bantu golongan B40 seperti saya tetapi tidak banyak faedahnya jika hanya untuk minyak masak.

“Kalau kupon barang rumah atau dapur saya setuju.

“Lagipun bukan minyak saja keperluan dan naik harga tetapi barangan lain juga sama (naik harga),” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Seorang lagi pengguna, Hafdzanhidayah Isa, 33, yang menetap di Kemaman, Terengganu tidak setuju jika pemberian kupon hanya dikhaskan untuk golongan tertentu justeru meminta ker4jaan membuat semakan supaya hanya yang benar-benar layak menerimanya.

“Boleh jadi, orang yang gajinya RM10,000 sebulan ada komitmen RM9,000 manakala yang gaji RM2,000 punya komitmen RM500 saja.

“Jadi, perlu penelitian di situ dan jika nak teruskan, kerajaan perlu fikirkan apa bentuk mekanisme agihan kupon itu.

“Jangan pula rakyat perlu beratur ramai-ramai untuk dapatkan kupon dan untuk permulaan mungkin ramai akan mengeIuh kerana belum nampak hasilnya tetapi kita lihat nanti sejauh mana ia menyenangkan atau menyus4hkan,” katanya yang bekerja sebagai akauntan.

Sementara itu, bapa seorang anak, Mohd Juraime Jantan, 39, berkata, pelaksanaaan sistem kupon itu perlu mengambil kira akses pengguna dan rakyat di luar bandar.

Tak semua faham sistem kupon itu macam mana.

“Segelintir masyarakat di kampung mungkin tak faham, di bandar ada teknologi tetapi tak semua pakai telefon pintar macam kita.

“Kebanyakan di pedalaman tiada kemudahan jadi lagi rumit sebenarnya,” katanya.

“Kebanyakan di pedalaman tiada kemudahan jadi lagi rumit sebenarnya,” katanya.

Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam kenyataannya berkata, cadangan sistem kupon akan dibincangkan secara lanjut dalam Mesyuarat Khas Majlis Tinndakan Sara Hidup Negara (NACCOL), minggu depan.

Katanya, jika ia dipersetujui, pihaknya akan meneliti dan mengemaskini data golongan yang layak untuk menikmati sistem kupon berkenaan.

Sumber : harianmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *