Uncategorized

(Video)MaIu naik kereta usangg, sanggup meny0r0k bawah ‘seat’ beIakang. Ibu tak sentap

“FELISHA malu naik kereta ni.”

Video seorang kanak-kanak yang duduk di tempat duduk belakang kereta yang kelihatan usang mengundang pelbagai reaksi netizen.

Begitulah respons ‘jujur’ anak kedua Shafina Nabilah, 30, yang pertama kali menaiki kereta Proton Iswara.

Berkongsi cerita kepada mStar, Shafina berkata, telatah anak perempuannya, Tengku Felisha Sofea yang berusia tujuh tahun itu dirakamkan pada 2021.

“Kereta tu kenderaan lama tok (datuk). Sudah lama dia tak pakai kereta ni jadi kami pun buat keputusan untuk jual.

“Jadi sebelum ada pembeli, suami saya pakai dulu masa tu. Suatu hari, kami guna kereta tu ke car washmilik suami.

“Felisha tak pernah lagi naik kereta ni dan itu first time bagi dia. Saya tahu dia tak suka kereta jenis lama atau nampak buruk, jadi saya sengaja rakam video,” ujarnya.

Menurut Shafina, sepanjang perjalanan pada hari berkenaan, anaknya hanya menyorok di bahagian bawah kerusi kerana malu.

Namun ibu kepada tiga cahaya mata itu memberitahu bahawa momen tersebut tidak sempat dirakam.

Walaupun kereta kami tidaklah mewah, tapi dia memang tak biasa naik kereta lama.

SHAFINA NABILAH

Mengulas lanjut, Shafina memahami reaksi spontan yang diberikan anaknya, malah tidak berkecil hati.

“Kereta tu memang nampak usang sikit. Jadi boleh faham kenapa dia tak suka sebab itulah saya ketawa bila dia cakap macam tu.

“Selalunya dia naik kereta saya atau kereta papa dia. Saya guna kereta Honda Jazz dan suami pakai Toyota Hilux.

“Tok dia pula sekarang dah pakai kereta Toyota Estima dan Honda HR-V. Walaupun kereta kami tidaklah mewah, tapi dia memang tak biasa naik kereta lama,” ujar si ibu.

Mengenai kereta Proton Iswara, Shafina, ia dijual pada 2021, sambil menambah tiada foto yang merakamkan kenderaan itu sebagai kenangan.

Felisha menaiki kereta milik datuknya buat kali pertama.

Video yang dimuat naik Shafina di platform TikTok meraih lebih 200,00 tontonan.

“Jangan malu sangat adik. Kereta ni kalau dah kena air-cond dia fuh memang layan.

“Belajar rajin-rajin ya adik. Nanti dah berjaya beli kereta besar bawa mak dan ayah adik ya.

“Sebiji macam adik saya masa sekolah rendah. Ambil naik kereta Proton Saga. Dia suruh ambil jauh-jauh,” demikian antara komen netizen.

Sumber : mstar

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group percuma. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *