Info

“Sehari juaI 800 bungkus” Untung nombor 2, janji orang makan puashati.

Kuala Lumpur : Tidak terlalu memikirkan soaI keuntungan, peniaga Nasi Lemak RM1, Muhammad Fazrie Haiqal, 24, bersyukvr perniagaan yang dijalankan di Desa Coalfields, Sungai Buloh, Selangor, semakin mendapat sambutan.

Bermula dengan 200 bungkus sehari, Nasi Lemak RM1 yang diusahakan sejak pelaksanaan Perintah KawaIan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) itu berjaya terjuaI lebih 800 bungkus sehari selepas dirinya mula aktif di TikTok.

Fazrie berkata, disebabkan itu dia mengambiI keputusan berhen.ti kerja dengan memberi fokus kepada bisnes berkenaan sejak dua bulan lalu.

“Pada mulanya idea ini datang daripada mak saya sendiri ketika PKP kedua. Kami adik beradik tiada kerja waktu itu dan yang bekerja hanya mak dan ayah saja. Jadi, untuk teruskan kehidupan mak saya putvskan untuk berniaga nasi lemak. Mak juga yang mencadangkan nasi lemak RM1 supaya dengan harga itu orang lain pun dapat beli makanan.

“Pada mulanya kami hanya menjual 200 bungkus sehari. Selepas saya mula bermain TikTok, dari 200 tambah menjadi 350, 600 dan sekarang kekal lebih 800 bungkus sehari.

“Pernah buat 2,000 bungkus sehari tapi bila fikirkan balik, saya t4kut bila buat lebih dari kemampuan, kualiti nasi lemak tu tak terjaga. Jadi, kekalkan saja 800 sehari.

“Kalau sebelum ini saya bekerja dengan orang. Selepas jual nasi lemak, jam 11 pagi baru masuk kerja. Namun, sejak dua bulan lalu saya dah berhen.ti kerja dan kini sepenuh masa berniaga.

“Soal untung itu, sejujurnya ada. Tapi tidak banyak. Saya tak fikirkan sangat soal itu. Selagi saya seronok berniaga, selagi dapat buat orang gembira sebab dapat beli sarapan murah, saya akan teruskan dengan Nasi Lemak RM1 ini,” katanya.

Menurutnya, sejak Nasi Lemak RM1 itu tuIar, dia menerima kehadiran pelanggan dari serata tempat termasuk dari Sarawak, Kelantan, Pulau Pinang dan Singapura.

Menurutnya, bapanya akan memasak nasi lemak sebelum proses membungkus dimulakan 4 pagi dan kemudian berniaga dari jam 6.50 hingga 7.15 pagi, setiap hari kecuali Ahad.

“Saya gembira dengan apa yang saya buat. Ramai yang memberikan sokongan dan tak hen.ti datang cari nasi lemak saya. Saya sangat seronok.

“Pelanggan yang datang dari banyak tempat. Buat masa ini apa yang saya tahu, paling jauh dari Singapura semata mata untuk beli nasi lemak saya. Ada juga dari Sarawak, Kelantan, Pulau Pinang dan banyak lagi.

“Ini adalah perniagaan bersama keluarga. Sebab itu mak pernah cakap untung atau tak asalkan kita dapat mudahkan urusan orang lain. Insya-AIIah, saya dan keluarga ada impian untuk buka kedai. Tapi belum sampai waktunya lagi,” katanya.

Selain menjual, dia turut menerima tempahan yang dihadkan 200 bungkus sehari selain infak yang dibuat individu tertentu.

Sumber : hm

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group percuma. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *