Info

“Rugi bukan sikit-sikit” Masa tu ribut, saya terdengar bunyi dentuuman kuat.

Johor Bahru: Lebih 20 kereta mewah di sebuah premis jualan kereta terpakai di Batu 3, Kampung Pasir, Tampoi, di sini, r0sak apabila bumbung premis yang diperbuat daripada besi runntuh, semalam.

Pekerja pusat jualan kereta, Bohari Ahmad, 49, berkata, kejadian ribut itu disifatkan tervk dan kali pertama berlaku sejak kedai berkenaan dibuka sejak awal tahun 90-an.

Katanya, ketika kejadian angin kuat dan hujan lebat, dia bersama lapan pekerja berada di pejabat.

“Pada jam 4 petang, tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuuman yang sangat kuat.

“Apabila keluar, saya lihat bumbung runntuh. Ketika itu saya melihat angin kuat dan berpusing serta hujan lebat.

“Memang t4kut, saya terus azan dan mengarahkan semua pekerja yang lain keluar dari pejabat kerana kedudukan terlalu hampir dengan bumbung premis yang runntuh,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, terdapat kira-kira 100 kereta mewah berada di perkarangan premis kedai yang berharga antara RM80,000 hingga lebih RM100,000.

“Kalau ikutkan yang kena hemp4p lebih daripada 20 kereta kerana dihemp4p besi bumbung yang runtuuh akibat angin kencang.

“Ker0sakan pada badan kereta, cermin pecah, tayar dan sebagainya. Kerugian dianggarkan bernilai jutaan ringgit, turut mengalami kerosakan ialah tiga bangunan yang menempatkan simpanan kereta terpakai,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di lokasi mendapati bumbung yang runtuuh masih belum dialihkan.

Antara kereta mewah yang terjejas ialah Mercedes Benz, BMW, Volkswagen dan Mini Cooper.

Kejadian ribut dan hujan lebat petang semalam turut menjej4skan lebih 60 premis kediaman di Johor Bahru dan Iskandar Puteri di sini.

Sumber : harianmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *