Info

Duit syiling RM1 ni legend sampai diabadikan menjadi biskut coklat .

Maklumat mengenai duit syiling 1 Ringgit Bunga Raya yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Duit syiling ini dikeluarkan bermula daripada tahun 1989 sehingga 1996. Pada 7 Disember 2005, syiling ini ditarik edarannya oleh BNM dan tidak sah lagi menjadi duit syiling Malaysia.

Duit syiling Bunga Raya mula diperkenalkan ke dalam edaran pada 4 September 1989 dengan tradisi Malaysia sebagai ciri-ciri reka bentuk/tema. Pada awal edaran syiling Ringgit ini, simbol “$” digunakan sebagai simbol denominasi. Namun, pada 14 November 1993, ianya digantikan dengan simbol “RINGGIT”.

Pada bahagian belakang nilai denominasi $1 di bahagian bawah dengan bunga kebangsaan, Bunga Raya, di bahagian tengah atas duit syiling. Perkataan “BANK NEGARA MALAYSIA” tertulis di sepanjang lilitan atas dengan tahun tempaan duit syiling terbabit di antara nilai denominasi.

Pada Bahagian hadapannya tertera ukiran keris sebagai m0tif utama dengan rekabentuk latar belakang berm0tifkan tenunan Songket.

Keris merupakan sejenis senj4ta tradisional Melayu yang melambangkan keku4saan dan kekuatan. Ianya merupakan salah satu lambang utama dalam pentadbiran diraja di Malaysia. Dahulu ianya merupakan senj4ta, kini keris digunakan dalam istiadat tertentu dan ianya juga merupakan satu hasil karya seni.

Spesifikasi Teknikal

Nilai muka 1 ringgit.Diameter 24.50 mm.Berat 9.30 gm.Ketebalan 2.60 mm.Komposisi Cu: 84, Zn: 12, Sn: 4.The Edge Milled.Mint Kilang Wang, Shah Alam.

SENARAI DUIT SYILING 1 RINGGIT BUNGA RAYA:

Tahun tiada keluaran.

Di berhentikan pengeluaran pada tahun 1996 dan tidak sah edaran selepas 7 Disember 2005.

Untuk mengetahui nilai dan harga duit syiling ini, anda bolehlah membacanya di dalam artikel; Nilai duit syiling 1 Ringgit mengikut tahun

Sumber : malaysiancoin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *