Info

Tiba-tiba terkena penyak!t m!steri tak tahu dari mana datangnya.

Machang: Penyak!t kulit dihidapi Tuan Mohamad Hanif Tuan Yazid, 20, sejak lebih dua bulan lalu kini semakin sembuh malah luka pada bahagian terbabit juga sudah kering.

“Walaupun tiada perubahan yang drastik namun saya amat bersyukur kerana penyak!t m!steri ini semakin sembuh. Iuka di kulit juga kini sudah kering, hanya tinggal parut sahaja,” katanya semalam.

Menurut Tuan Mohamad Hanif, sebelum ini ibunya, Yusniza Mohd Zaidi, 41, sudah membawanya berjumpa dengan lebih 10 pengamal perubatan IsIam di sekitar Kuantan, Pahang dan Kelantan, namun tiada perubahan.

“Syukur, Allah SWT pertemukan saya dengan seorang pengamal perubatan IsIam di Kok Lanas.

“Sehingga kini sudah lebih tiga kali saya pergi mendapatkan raw4tan daripadanya dan ia ada menunjukkan perubahan yang positif apabila tiada lagi luka baharu, malah luka melepuh yang sudah menjadi kudis juga kini sudah kering,” katanya dihubungi.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, Tuan Mohamad Hanif menderita penyakit misteri sejak dua bulan lalu yang menyebabkan kulit badannya meIepuh sebelum bahagian terbabit menjadi kud!s apabila kering.

Bahagian itu juga menjadi gatal dan pedih malah menyak!tkan.

Di samping itu, Tuan Mohamad Hanif berkata, walaupun keadaan kulitnya kini semakin pulih, namun dia yang sebelum ini bekerja sebagai mekanik terp4ksa buat seketika kerana bimbang dengan peralatan dan cecair yang digunakan akan memberi kesan kepada kulit selain tidak boleh terdedah dengan cuaca panas.

“Justeru, buat masa ini, saya perlu banyak berehat bagi memastikan kulit saya benar-benar sembuh dan kembali normal seperti sedia kala.

“Saya juga tidak putus berd0a kepada AIIah SWT supaya diberi kesembuhan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Sumber : HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *