Info

Semakin hari semakin ramai KIR jadi misk!n tegar sampai terpksa tebalkan muka pinjam duit kat kawan dan saudara mara demi kelangsungan hidup.

Kuala Lumpur: Ketua Isi Rumah (KIR) yang dikategorikan sebagai m!skin tegar meningkat sehingga hampir 145,000 mengikut dapatan e-Kasih sehingga 30 Jun lalu.

Peningkatan itu juga semakin memblmbangkan dengan kenaikan harga barang, peningkatan kos sara hidup serta penyuusutan pendapatan.

Justeru, Majlis Pemulihan Negara (MPN) menyarankan kerajaan mengambil langkah intervensi segera bagi memastikan impak kepada rakyat yang terkesan ak!bat peningkatan kos sara hidup dapat diminimumkan.

Berikutan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 13 Oktober lalu mencadangkan satu sistem bersepadu bagi memudahkan proses penyaluran bantuan secara menyeluruh dan berpusat.

la selari dengan kenaikan nilai bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sewaktu pentadbiran beliau daripada RM300 kepada RM1,000.

Dengan mengintegrasikan data penerima yang layak dari semua agensi dalam satu sistem sama, proses penyaluran bantuan termasuk subsidi boleh diselaras dan diagihkan secara tulus dan cekap kepada golongan sasaran secepat mungkin.

Agenda pemulihan bersifat inklusif itu juga dapat memastikan tiada golongan yang akan terpinggir ataupun no one is marg!nalised or left behind, khususnya masyarakat pedalaman, orang asal serta peribumi Sabah dan Sarawak.

Bagi Suri Rumah, Haziziyana Kabel, 36, dia menyambut baik cadangan itu kerana sistem berkenaan dilihat dapat memudahkan proses penyaluran bantuan secara menyeluruh.

“Saya sangat setuju dengan cadangan itu

kerana proses penyaluran bantuan akan lebih mudah, cepat dan menyeluruh.

“Penerima bantuan juga terdiri daripada pelbagai latar belakang serta lokasi.

“Jadi, dengan adanya sistem bersepadu ini tiada golongan yang akan terpinggir,” katanya.

Sebagai menerima bantuan am daripada JKM berjumlah RM200 sebulan, Haziziyana berkata, kenaikan nilai bantuan bulanan kepada RM1,000 adalah sesuatu yang sangat diharapkan semua pemanfaatnya.

Katanya, dengan kenaikan kos sara hidup terutama harga barangan asas, dia terp4ksa berjimat cermat untuk perbelanjaan harian bukan sahaja untuk bahan asas serta keperluan keluarga tetapi juga raw4tan peny4kit kr0nik yang dialaminya sejak empat tahun lalu.

“Saya tidak mempunyai pendapatan bulanan. Jadi, saya terp4ksa berjimat dengan membeli bahan asas yang benar-benar penting mengikut keperluan.

“Saya juga terp4ksa mengehadkan penggunaan bahan asas untuk mengelak ia tidak cukup atau berlaku pembaziran terutama membabitkan makanan.

“Justeru dengan kenaikan nilai bantuan bulanan itu, ia akan meringankan beban penerima,” katanya.

Sementara itu, bagi Mohd Iskandar Abdul Rahman, 34, yang juga penerima Bantuan Am daripada JKM, dia menyambut baik kenaikan nilai bantuan bulanan itu.

Menurutnya, kenaikan kos sara hidup terutamanya harga barangan asas memberi impak kepadanya yang berpendapatan rendah.

“Untuk mengatasi kenaikan harga barang, saya terp4ksa bekerja lebih masa atau mem!njam daripada saudara mara untuk meneruskan kehidupan.

“Oleh itu, jika benar nilai bantuan bulanan dinaikkan, sedikit-sebanyak dapat membantu menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi setiap bulan terutama bagi menanggung kos perub4tan kepada peny4kit di4lisis yang saya alami.

“Cadangan MPN untuk pembangunan sistem

bersepadu juga adalah sangat baik kerana sistem yang sentiasa seiring dengan zaman adalah sistem yang sangat bagus,” katanya yang berasal dari Kampung Boyan, Taiping, Perak.

Sumber : harianmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *