Info

Orang tak nak jual benda ni biar saya yang jual.

Kejayaan tak datang bergolek, setiap usaha keras serta  kesukaran menimba ilmu dan menjejak kejayaan pasti berbuah kemanisan pada akhirnya. Begitu juga dengan seorang usahawan inspirasi ini.

Ilham mencipta kelainan dalam masakan serunding telah berjaya mengubah nasib seorang wanita apabila f0rmulanya mencampurkan halia dalam resipi makanan mendatangkan hasil yang lumayan serta diterima pelanggan.

Buat Kajian Di Borneo Tentang Kebaikan Serunding Halia

Berkongsi kisahnya, Nurzaihan Mohd. Mokhtar berkata, idea menghasilkan masakan tersebut bermula selepas dia melakukan kajian di Sabah dan Sarawak tentang kebaikan serunding halia.

“Menerusi kajian dilakukan, serunding halia sudah p0pular di Sabah dan Sarawak tetapi masih lagi jarang ditemui di Semenanjung. Dari situ saya mendapat idea untuk menghasilkan serunding halia.

Pada mulanya saya hanya mempr0mosikan serunding halia kepada keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja.

“Maklum balasnya p0sitif dan membuatkan saya teruja serta lebih bersemangat untuk menghasilkan pr0duk ini.

“Bagi memastikan kualiti terjaga dan terus diterima pelanggan, saya sentiasa cuba memperbaiki pr0duk menerusi maklum balas daripada pelanggan, contohnya dahulu serunding yang dihasilkan bertekstur kasar dan susah untuk dimakan, kini serunding saya lebih halus mengikut kehendak pelanggan,” katanya.

Kelebihan Serunding Halia

Beliau yang berkecimpung dalam bidang katering sebelum ini berkata, serunding halia juga memiliki keistimewaannya tersendiri kerana bukan sahaja sesuai untuk wanita berpantang, malah boleh juga dinikmati oleh semua peringkat umur.

Jelasnya, selain serunding halia, beliau menerusi syarikatnya, iaitu Halier & Co turut menghasilkan produk kudapan tradisi0nal lain yang boleh dimakan terus ataupun sebagai hiasan dan penambah rasa dalam hidangan.

“Serunding halia ini amat sesuai untuk wanita berpantang kerana boleh mema.naskan badan, membuang angin berlebihan, membantu membuang t0ksin dan membantu menurunkan berat badan. Malahan kesemua pilihan kudapan tradisi0nal keluaran Halier & Co iaitu Serunding Halia, Bawang Putih Rangup, Peria Rangup dan Pegaga Rangup sungguh enak dimakan bersama nasi putih dan bubur nasi,” ujar Nurzaihan.

Pemilik perniagaan yang bertapak di Kampung Melayu Sri Kundang, Rawang itu menambah, selain suami, dia memiliki 2 orang pembantu yang dapat menghasilkan kira-kira 100 kilogram (kg) serunding halia, 30kg peria, 30kg pegaga dan 30kg bawang putih sehari.

Jualan Purata 500 Pek Sebulan (Setiap Pek RM20)

Mengulas lanjut, Nurzaihan menerangkan, perusahaan kudapan tradisional itu kini mampu menghasilkan jualan purata antara 400 dan 500 pek bungkusan sebulan hasil penglibatannya sebagai Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sejak 3 tahun lalu.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada AIM kerana bimbingan, tunjuk ajar dan m0dal pusingan yang telah diberikan memb0lehkan saya menjalankan perniagaan Halier &Co.

“Pinjaman kali pertama yang saya buat adalah sebanyak RM3,000. M0dal yang diperolehi itu saya gunakan sepenuhnya untuk membeli kelengkapan dan mesin yang membantu mempercepatkan proses pengeluaran produk seperti mesin mengupas kulit halia,” jelasnya.

Ujar ibu kepada 4 cahaya mata ini, sehingga kini dia telah membuat pinjaman m0dal sebanyak 5 kali dengan jumlah keseluruhan RM14,000 untuk dijadikan modal pusingan dan pembungkusan serta pembelian bahan-bahan mentah.

Kata beliau, setiap pek produk Halier & Co dijual pada harga RM20 dan boleh dibeli menerusi laman Facebook dan Instagram Halier & Co selain di Shopee Shop Halier & Co.

Untuk maklumat lanjut untuk menjadi ejen atau dr0pship, boleh hubungi terus Nurzaihan di talian 012-369 7032.

Semoga perniagaan anak tempatan ini semakin maju, membuka idea perniagaan serta jalan pekerjaan buat anak tempatan yang lain.

Sumber : Kosmo / Facebook Halier Co

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *