Info

“Belum bertand!ng dah menang” Kalau diva AA dan Siti Kasim bungkus awal, berbeza pula dengan Ayahanda Rani kulop.

Abdul Rani Kulup Abdullah telah dilihat berarak ke Pusat Penamaan Calon di Kompleks Pentadbiran Port Dickson sambil diiringi laungan ‘kipidap, don’t give up’, lapor Sinar Harian.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Rani Kulup atau ayah merupakan aktivis sosial berusia 67 tahun. Beliau telah hadir ke kompleks tersebut dengan berpakaian segak seperti pahIawan Melayu berwarna merah dan tiba pada jam 8.50 pagi ditemani oleh 50 orang penyokongnya.

Seorang penyokong beliau telah bertlndak menjer!t kepada media tempatan dan mengatakan bahawa ayah sudah menang di media sosial.

Beliau dilap0rkan bakal bertanding atas tiket Bebas selepas pendaftaran bagi Parti Barisan Penyatuan Nasional (BPN) itu tidak diterima oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Menurut beliau lagi, keputusan untuk terus bertand!ng adalah arahan daripada pihak pengurusan BPN sendiri.

“Jadi ayah terp4ksa bertanding sebagai calon Bebas dan menggunakan logo pen.

“Misi dan matlamat ayah untuk bertanding di sini, tetap sama seperti mana yang ayah pernah beritahu pada sidang akhbar sebelum ini, cuma bezanya ayah bertanding Bebas, “katanya kepada media selepas selesai proses penamaan calon pada pagi tadi.

Kredit Sinar Harian

Katanya lagi, sepanjang tempoh dua minggu untuk berkempen, beliau akan mengadakan satu aktiviti ‘walkabout’ di beberapa lokasi tumpuan orang ramai dengan menggunakan tagline ‘kipidap, don’t give up’.

Tagline itu akan dilaungkan bagi memberi semangat kepada masyrakat selain menyeru agar mereka tidak berputtus asa dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan cab4ran.

“Ayat itu membawa semangat kepada ayah dan sepanjang berkempen, saya akan bawa tagline itu kerana ayat itulah yang buat ayah terkenal.

“Ayah sentiasa membawa misi itu bersama rakyat dan selama 22 tahun ayah menjadi aktivis, tak pernah gagaI ayah membantu sama ada individu atau kumpulan untuk menyelesaikan masalah mereka,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau tiada masalah untuk menyantuni dan mendekati pengundi di Port Dickson kerana beliau sudah cukup dikenali oleh masyarakat dari pelbagai peringkat umur.

Pada PRU15 kali ini, Abdul Rani bakal berdepan dengan empat calon lain yang melibatkan Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Aminuddin Harun, calon (BN) Datuk P.Kalamananthan, calon Pejuang, Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan calon Perikatan Nasional (PN), Rafiei Mustapha.

Sumber : SK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *